Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, January 3, 2013

[Pakatan TIDO & MALAS] Cadangan pam SYABAS, Exco S'gor tidak tahu



Kerajaan Selangor hari ini menjelaskan bahawa tidak mengetahui tentang cadangan pembangunan sistem pengepaman tambahan di rumah pam Wangsa Maju yang diusulkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) bagi mengatasi masalah gangguan air.


Exconya, Iskandar Abdul Samad yang enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu sebaliknya mendakwa pihak SYABAS tidak memaklumkan kepada kerajaan negeri tentang kesulitan yang bakal menjejaskan penduduk di sekitar Lembah Klang.



Beliau turut menyifatkan SYABAS sebagai gagal menguruskan pam-pam berkenaan.



"Saya tak pasti cadangan itu macam mana. Saya minta kalau betul cadangan itu awal, kalau betul kata ada masalah sepatutnya mereka dah tahu ada masalah, sebelum itu lagi mereka dah bawa kepada kerajaan negeri.



"Mereka kata pam itu sudah 'overload'. Sekiranya mereka pandai mengurus mereka dah tahu bila pam itu betul-betul 'overload'. Tapi nampaknya sekarang ini mereka terkejut," katanya ketika dihubungiAntarapos.



Semalam SYABAS memberitahu masalah gangguan bekalan air di Kuala Lumpur berpunca daripada kelewatan kerajaan Selangor melaksanakan pembangunan sistem pengepaman tambahan di rumah pam Wangsa Maju.



Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ruslan Hassan berkata cadangan membina sistem tersebut telah dikemukakan sejak 2009.





Susulan itu katanya pada Mac 2012, kerajaan persekutuan telah meluluskan pelan pembangunan serta pinjaman bagi projek berkenaan untuk dibangunkan oleh kerajaan Selangor.



Namun menurut kenyataan kerajaan Selangor projek tersebut masih diperingkat rundingan reka bentuk.



Tambah Iskandar lagi, kerajaan negeri sudah lama mempertikaikan cara kerja SYABAS yang tidak menyediakan pelan alternatif bagi mengelakkan masalah air dan sering menyalahkan sistem yang digunakan.



"(SYABAS) jangan salahkan sistem, sebab sebelum ini banyak masalah air berlaku dan kita melihat mereka salahkan sistem. Kalau betul sistem itu tak cukup sepatutnya ada amaran awal, kalau betul-betul mereka dapat uruskan dan tahu sistem tu nak rosak mereka dah tahu seminggu atau sebulan dan panggil kerajaan negeri untuk berbincang," katanya lagi.



Rumah pam Wangsa Maju dengan kapasiti bentuk 136 Juta Liter Sehari (JLH) mula beroperasi sejak tahun 2004 di bawah pengurusan Perbadanan Urus Air Selangor Berhad (PUAS) dan kebelakangan ini, kadar pengepaman ditingkatkan sehingga mencecah 200 JLH.



Sebagai rekod, permintaan harian bekalan air di ibu kota, Selangor dan Putrajaya adalah sebanyak 4,400 JLH berbanding bekalan sebanyak 4,436 JLH menyebabkan berlaku masalah kekurangan bekalan rezab sedia ada.

8 comments:

  1. Dari Menteri Besar sampailah Exco Selangor, apa yg diaorang tahu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. depa makan gaji buta. buat press conference semata-mata nak bagi tau rakyat yg depa buat keje. padahal depa buat bodo ja

      Delete
  2. Dari thn 2009 sampai skrg baru di peringkat RUNDINGAN reka bentuk?
    Mcm ni la jadinya klu mangkuk jadi exco. Time meeting tido. Bila dh timbul masalah pandai lak salahkan org lain. Kimak punya PR!

    ReplyDelete
    Replies
    1. perangai yahudi regim pakatan selangor. Rakyat wajar buka mata menilai sendiri pencapaian mereka.

      Delete
  3. Haram jadah anak beranak..kmpem kowang smua tanam jagung la lpas PRU nanti.

    ReplyDelete
  4. kimak lah ......aku sakit pinggang angkut air.Tolonglah jangan jadi bahan politik...laksanakan segera apa yang terbaik untuk rakyat.

    ReplyDelete
  5. Hoi penyamun tarbus...kami nak air bukan cakap politik

    ReplyDelete