Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, January 17, 2013

[Pakatan Sosialis] PKR TOLAK keputusan Majlis Syura Ulama PAS (Subhanallah)


Antarapos.com - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hari ini menolak keputusan Majlis Syura Ulama PAS dan menegaskan PKR berpegang pada pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang 8 Januari lalu yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu.

Azmin juga menegaskan, pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat telah sebulat suara menerima pendirian Abdul Hadi yang membenarkan semua agama menggunakan kalimah suci itu tanpa  menterjemahkannya ke bahasa lain dan tidak boleh disalahgunakan.

"Pendirian ini tuntas dengan pendirian Pas pada 2010, tidak berganjak walaupun perkara ini dibincangkan semula oleh kerana beberapa kenyataan, tetapi pendirian Pas dan PR tidak berubah. Kita tidak boleh tukar pendirian setiap hari," kata beliau kepada pemberita di ibu pejabat PKR, di sini hari ini.


Azmin juga menjelaskan keputusan itu dicapai berdasarkan persetujuan bersama secara kolektif dalam Mesyuarat Majlis Presiden PR pada 8 Januari lalu dalam banyak perkara dengan mengambil kira kepentingan bersama.
"Oleh kerana kita terikat dengan dasar-dasar yang telah dipersetujui secara kolektif dalam majlis presiden PR, maka kita berpegang kepada keputusan itu," katanya.

Azmin kemudiannya berkata Majlis Syura Ulama PAS hanya sebahagian daripada struktur organisasi PAS dan kedudukan itu tidak langsung mempengaruhi pegangan PKR berhubung isu itu. 

"Majlis Syura terikat dengan ahli-ahli Pas, tetapi kita Keadilan (PKR), DAP dan Pas, kita terikat dengan dasar bersama yang telah dipertimbang, dibincang, dilulus dan disahkan dalam Majlis Presiden PR," jelasnya.

Bagaimanapun Azmin tidak menolak pandangan yang dilontarkan Majlis Syura sebagai menghormati hak berdemokrasi dan hak bersuara mana-mana pihak.

"Pandangan Majlis Syura harus kita hormati, kita tak boleh halang orang daripada bercakap," katanya.

Ahad lalu, mesyuarat Majlis Syura Pas memutuskan supaya kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu selepas isu berkenaan dibantah pelbagai pihak.

Mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan perkataan 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam adalah salah dari segi makna, tidak menepati kehendak sebenar dan perlu dicegah kerana membawa kekeliruan yang nyata.

9 comments:

  1. Sosialis tu buahnya adalah Komunis. Tiada arah lagi dia pergi. Orang Melayu bila baca Sosialis mereka tak rasa apa apa tapi kita patut terangkan bahawa dalam Teori Komunis Marxist menyatakan: Sesuatu kerajaan itu berasal dari premetif kemudian Kapitalis, Sosialis dan seterusnya Komunis

    Komunis memang tak ada ugama sebab tu tak bersalah balun depan belakang, ugama di lacurkan, LGBT dan paling jahanam Plurisma Ugama.

    ReplyDelete
  2. Saudara Pembaca,

    Apa yang boleh kita harapkan dengan pemimpin pemimpin PKR. Hidup mereka pun tunggang langgang. Hendak tunggu mereka mempertahankan kesucian agama, tunggulah sampai kucing bertanduk, kecualilah Allah swt memberi mereka taufik dan hidayah.
    Kita sebagai umat Islam, 'we must do what we have to do' dalam mempertahankan kesucian agama kita.
    Tolak orang orang ini ketepi, Insyaallah tanpa sokongan mereka pun kita akan berjaya! Golongan mereka hanya melukut di tepi gantang, masuk tidak penuh keluar pun tidak kurang!

    ReplyDelete
  3. untuk jangka masa yang pendek memang tidak mendatangkan apa2 tetapi untuk jangka masa yang panjang ramai yang keluar islam dan masuk islam dengan kalimah Allah.

    ReplyDelete
  4. Tahniah Mursyidul Am Parti Agama Syaitan...(PAS) Nabi Nik Aziz bin Nik Mat.

    ReplyDelete
  5. memang bangang la....
    saper yang sokong PKR....

    ReplyDelete
  6. PKR parti yang bersifat kominis........anuar ibrahim dan sekutunya yang bakal akan menjual negara kita malaysia kalau kita taksedar......fikir-fikirlah kawan......

    ReplyDelete
  7. YES WE DO WHAT WE HAVE TO DO CZ WE DO IT FOR OUR BELOVED RELIGION

    ReplyDelete
  8. Jgn kita ikut ajaran sesat ni.. Ya Allah lindungi lah negara kami dari musibbah dan berikan pertunjuk
    Kpd semua orang2 Islam untuk mencari ilmu bagi tidak
    Sesat dlm perjalanan hidup ini. Supaya dapat membezakan yg betul dan yg sesat.

    ReplyDelete
  9. ini lah politik, sangat bijak, semua issue yg berbangkit di tekankan bahawa PAS telah bersetuju, jika ada masaalah PAS punya masaalah, bukan PKR atau DAP.... serupa dgn kata-kata LGE dari DAP. "itu masaalah PAS bukan masaalah Saya atau DAP" mereka amat pandai tapi.... PAS amat amat BODOH.

    ReplyDelete