Pengerusinya, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, ini kerana Pas yang mengeluarkan amanat itu dan mereka perlu dipertanggungjawabkan terhadap kemelut yang timbul akibat perbuatan berkenaan.
Katanya, perkara itu diputuskan dalam muzakarah khas jawatankuasa yang bersidang pada 8 Januari lepas sebagai penegasan semula kepada semua pihak termasuk kerajaan terhadap beberapa keputusan yang telah dibuat bagi membendung perpecahan umat Islam akibat isu itu.
Sehubungan itu, katanya perbincangan lanjut atau fatwa baharu mengenai isu itu tidak diperlukan dan harus mengikut fatwa sedia ada dikeluarkan pada 21 November 1984 termasuk fatwa mengenai perpecahan umat Islam dikeluarkan pada 15 Februari 2001, yang telah diperkenankan Majlis Raja-Raja.
"Muzakarah bersetuju bahawa perbincangan atau muzakarah antara Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dengan Pas atau mana-mana pihak mengenai isu itu tidak perlu diadakan kerana persoalan mengenai hukum atau fatwa mengenai isu berkenaan telah selesai dan fatwa telah diperkenankan Majlis Raja-Raja dan perlu dipatuhi semua pihak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini mencabar Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan surat rasmi mengenai isu "Amanat Haji Hadi" yang difatwakan sebagai bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam, kemuliaan agama serta prinsip dakwah Islamiah.
Menurut fatwa pada 21 November 1984, jika terdapat tuduhan atau anggapan oleh anggota atau penyokong Pas atau sesiapa sahaja terhadap anggota Umno, pemimpin atau pegawai kerajaan beragama Islam sebagai kafir, atau sebaliknya (Umno menuduh Pas), ia adalah tidak benar dan sia-sia.
Ini kerana anggota-anggota Umno atau sesiapa yang mengucap dua kalimah syahadah adalah tetap orang Islam selagi tidak dihukum murtad oleh pihak berkuasa agama Islam negara ini.
Fatwa itu turut menyatakan tuduhan mengatakan seseorang yang beragama Islam sebagai kafir adalah perbuatan haram yang perlu diberhentikan serta-merta dan hendaklah bertaubat kepada ALLAH s.w.t.
Sehubungan itu, Abdul Shukor berkata, muzakarah turut memutuskan seluruh umat Islam tidak mempermainkan isu agama untuk meraih sokongan politik dan menghentikan isu kafir-mengkafir serta-merta.
Beliau berkata, isu kafir-mengkafir seseorang Islam kepada seseorang Islam yang lain adalah perkara amat serius dan nerbahaya kepada tertuduh atau kena tuduh.
"Jika tuduhan itu tidak tepat dengan sifat yang menjadikan kena tuduh tersebut murtad, maka kembalilah hukum murtad itu kepada orang yang menuduh," kata Abdul Shukor.
Menurutnya semua pihak termasuk media juga dilarang mensensasikan isu itu demi menjaga kesucian agama dan perpaduan Islam. - Bernama
PAS DAH LAMA MURTAD !!! PAS adalah KRISTIAN !!! PAS adalah kuli BATAK DAP !!!! PAS bankrap akidah..!!!
ReplyDelete