Minda Hijrah Headline Animator

Friday, January 11, 2013

[Doa KO Makan Diri] Markas PAS Jengka Musnah Dalam Kebakaran



JENGKA 20: Lima rumah kedai dan Markas Pas Cawangan Jengka 20 hangus dalam kebakaran jam 3.15 pagi tadi.
Kebakaran menyebabkan lima keluarga tinggal sehelai sepinggang dan kerugian keseluruhan dianggarkan sekitar lebih RM500,000.

Mangsa, Siti Nazirah Wahab, 24, berkata, ketika kejadian, dia yang baru sahaja hendak tidur setelah terjaga untuk ke bilik air terhidu bau asap yang memasuki bilik tidurnya.

"Saya lihat asap berkepul-kepul dari hadapan kedai, kemudian terus mengejutkan kesemua ahli kelurga dan berlari keluar.

"Apabila keluar, saya lihat api telah marak dari kedai dan kami tidak sempat melakukan apa-apa," katanya kepada Sinar Harian.

Bapa mertuanya, Ibrahim Isa, 64, pula berkata, sebaik sahaja diberitahu tentang kebakaran di kedainya, dia terus mengejut jiran tetangga.

"Dengan hanya memakai kain pelekat, saya terus mengetuk pintu kesemua rumah jiran untuk mendapatkan bantuan, namun tidak sempat menyelamatkan apa-apa termasuk pakaian. Baju yang saya pakai ini juga diberikan oleh jiran tetangga," katanya.

Seorang lagi mangsa, pemilik sebuah kedai runcit,  Jusman Abdul Razak, 31, berkata, mereka sekeluarga merupakan orang terakhir yang sedar akan kejadian terbabit.

"Saya tidak tahu bagaimana kejadian ini berlaku, cuma sedar ketika dikejutkan jiran dan ketika itu, api sudah marak.

"Sebagaimana orang lain, saya juga tidak sempat menyelamatkan apa-apa kecuali ahli keluarga saya. Saya menganggarkan kerugian meliputi barangan dan bangunan kedai serta rumah sekitar lebih kurang RM200,000," katanya.

5 comments:

  1. Jangan Cepat tuding jari konon perbuatan khianat..

    ReplyDelete
  2. Bala dah sampai, habis cam no........

    ReplyDelete
  3. Ini tentu orang UMNO yang bakar hehehehehehe................

    ReplyDelete
  4. Aku da x nampak logo bulan, nampak lubang jamban ada

    ReplyDelete
  5. Innalillah...semoga ini menjadi pembuka hati mereka utk bermuhasabah

    ReplyDelete