Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini berkata beliau menganggap isu kalimah Allah selesai selepas Majlis Syura Ulama parti itu memutuskan kalimah itu tidak lagi boleh digunakan bukan Islam.
Beliau berkata semua anggota parti perlu akur dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang dianggotai orang alim, peringkat doktor dan universiti.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan surat pelantikan kepada 599 penghulu mukim, 131 penghulu tanpa mukim dan 59 wakil kaum di sini hari ini
Isu kalimah Allah timbul apabila Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendesak kerajaan membenarkan kalimah itu digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu.
Pakatan pembangkang yang disertai Pas, DAP dan PKR kemudiannya membuat ketetapan bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut semua agama tetapi dengan syarat tidak disalahgunakan.
Setelah didesak pelbagai pihak, menteri besar Kelantan itu dan beberapa pemimpin Pas yang lain kemudiannya mengubah nada dan bersetuju dengan Majlis Syura Ulama Pas agar kalimah itu tidak digunakan oleh bukan Islam.
Ahad lepas, Majlis Syura Ulama Pas memutuskan kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah dan oleh itu tidak boleh diterjemahkan kepada mana-mana bahasa di dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah itu.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dilaporkan berkata semua pihak diingat untuk mematuhi peraturan dan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung penggunaan kalimah itu. - Bernama
macam lalang betul orang tua ni,nampak sangat dah nyanyuk tak boleh nak berfikir benda senang macamni pun nak diautakan.
ReplyDeleteWajah seorang Pendusta Agama.
ReplyDelete