Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, January 17, 2013

[Pakatan Munafik & Tipu Rakyat] Kalimah Allah : Guan Eng Tidak Mahu Komen Pendirian Terbaru PAS

Sekumpulan 15 wartawan yang menghadiri sidang media Ketua Menteri Lim Guan Eng di sini Selasa gagal mendapatkan reaksi beliau mengenai isu kalimah 'Allah' dan keputusan PAS menolaknya.

"Ramai wartawan yang hadir dan saya perlu hati-hati cakap," katanya sebelum memberi kenyataan mengenai cadangan kerajaan negeri untuk menawarkan tender bagi projek pembangunan dan pengurusan tanah kerajaan negeri di Sandiland Foreshore di Jalan C.Y Choy.

Selepas memberi kenyataan mengenai projek itu, Lim dengan suara yang perlahan tanpa menggunakan pembesar suara berkata: "Ada apa-apa soalan tak?" sebelum bingkas bangun dan beredar.

Bagaimanapun, semalam seorang wartawan dikatakan telah bertanya soalan serupa dan Lim berkata beliau tidak akan memberi sebarang komen secara lisan tetapi akan menjawabnya secara bertulis bagi mengelak sebarang spekulasi.

Isu kalimah Allah ini dibangkitkan oleh Lim dalam ucapannya sempena Krismas lepas yang menggesa kerajaan persekutuan membenarkan penganut Kristian menggunakan perkataan 'Allah' dalam Bible bahasa Malaysia.

Kenyataan Lim itu kemudian mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk pihak Istana Selangor, namun pemimpin parti-parti sekutu pembangkang termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat serta ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyetujuinya.

Bagaimanapun, pendirian Nik Aziz berputar 360 darjah apabila bukan hanya tidak bersetuju dengan kenyataan Lim, malah berkata kalimah Allah hanya merujuk kepada Tuhan yang satu, dan tindakan menggunakannya bagi agama lain adalah mengarut – Bernama

4 comments:

  1. we already b0ring dgn pemimpin skrg...bagilah chance anwar naik...kami nak tgk perubahan...and i believe if anwar naik..menteri2 yg bawa lari duit rakyat or menteri2 yg rasuah akan diheret ke muka pengadilan mcm di indonesia skrg ni...jgnlah aku ckp mcm indonesia and halau aku tinggal di indonesia plak...ini pandangan aku sebagai rakyat fahamm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok gak tu. Klo camtu anwar kn kn diheret ke muka pengadilan gak la.. Dia pya lg byk. Rm3 bil klo xsilap masa dia jd menteri kewangan. tu baru satu. Yg kita lom jumpa xtau lg. Nway, nk bg chance kat anwar? No way! I dont want gay as a leader. Baik bg kerajaan utk berubah. Skrg ni pn dh byk usaha yg kerajaan buat. Cuma bg sstgh org tu masih xcukup.

      Delete
  2. dah bagi chance dah kat Selangor..jahanam Selangor ditadbir PR..rakyat perlukan BN..sekarang!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes! (drp penduduk selangor sndr)

      Delete