Minda Hijrah Headline Animator

Friday, January 4, 2013

[Pakatan Kartoon] Silap kira undi, Pengarah Pemilihan DAP letak jawatan



Pengarah Pemilihan DAP, Pooi Weng Keong meletak jawatan ekoran kesilapan teknikal dalam pengiraan undi pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP Kebangsaan bulan lalu.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, peletakan jawatan itu adalah atas dasar rasa tanggungjawab. 

Beliau berlaku, berikutan itu, DAP akan melantik firma audit serta syarikat perakaunan bebas untuk mengesahkan semula keputusan pengiraan undi.

Pemilihan diadakan sempena Kongres Kebangsaan DAP pertengahan bulan lalu.

"Saya menerima berita mengenai kesilapan kiraan undi ini kira-kira dua hari selepas kongres dan atas rasa tanggungjawab, kami tetap mengumumkan kembali keputusannya walaupun parti akan mendapat kesan negatif.

"Saya sendiri tidak faham bagaimana ia (pengiraan undi) boleh jadi begitu," kata beliau kepada  media selepas menghadiri majlis angkat sumpah jawatan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), hari ini.

Kesilapan pengiraan undi itu sekali gus menjejaskan kedudukan 20 ahli CEC.

Salah seorang calon Melayu yang bertanding, Zairil Khir Johari yang pada mulanya menerima 305 undi sebenarnya menerima 803 undi hasil kiraan semula.

Ia sekalig us berjaya meletakkan Zairil dalam CEC.

Wu Him Ven yang pada mulanya menerima 1,202 undian sebenarnya hanya menerima 669 undi sekaligus menyebabkannya terkeluar dari barisan CEC.

Zairil dalam laman twitternya menyebut masih lagi terkejut dengan laporan berkenaan.

4 comments:

  1. zairil bukan melayu tetapi anak cina yg dipelihara oleh khir johari hasil perkahwinannya dgn ibu kandung zairil berketurunan cina..itu adalah fakta!

    ReplyDelete
  2. jangan terpedaya kerana ianya tipu semata-mata hendak mendapat kepercayaan melayu....orang tu letak jawatan sekalipun tidak menjejaskan parti DAP... jangan terpedaya

    ReplyDelete
  3. Bila kata org cina silap kira itu TIPU sbbnya kita semua tahu org cina pandai kira... tapi kalau 1202 undi jadi 669 itu TIPU MELAYU namanya... sbbnya mmg melayu mudah kena tipu dgn org cina... org melayu pulak mmg mudah percaya cakap cina walaupun tahu mmg hidup org cina penuh dgn tipu sana tipu sini... org melayu selalu kata kalau tak tipu itu bukan cina... org melayu selalu kata kalau tak mabuk itu bukan india... tapi melayu tau tak apa org cina kata org melayu?... org cina selalu kata org melayu pemalas skrg nie ada tambah lagi... kalau tak rogol bukan melayu namanya hehehe...

    ReplyDelete
  4. Alangkah jahilnya mainan Politik DAP ni... Taktik macam ni budak tadika KEMAS pun boleh buat... Nak kembalikan kepercayaan orang melayu bukannya susah... korbankan sajalah seorang cina dari sekian ramai cina dalam DAP... tak rugi apa pun... Kalau silap kira dangan perbezaan satu dua undi logiklah juga... tapi kalau dah bezanya sampai 498 tu tak masuk akal lah bro... Apa dalam ramai-ramai yang kira undi tu buta nombor kah semuanya...??

    ReplyDelete