Minda Hijrah Headline Animator

Saturday, January 5, 2013

[Pakatan Munafik] Kesilapan Pemilihan Jeneka Terbesar DAP

Antarapos.com - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali menyifatkan dakwaan berlaku kesilapan dalam keputusan pemilihan anggota jawatankuasa pusat (CEC) DAP baru-baru ini dengan menampilkan kembali Zairil Khir Johari sebagai satu 'joke of the year' (jenaka terbesar untuk tahun ini).
 
Sebaliknya, Ibrahim berkata tindakan parti itu berbuat demikian hanyalah untuk mengaburi mata rakyat sekali gus menafikan dakwaan bahawa DAP sebuah parti yang rasis.
 
"Macamana lepas keputusan (dah dibuat), kata tiada orang Melayu menang, bila orang bising-bising, bila dikira semula, ada pula yang menang. Saya rasa itu joke of the year,
 
"Sekarang nak tunjuk ada orang Melayu (dalam parti) selepas kira semula, Jadi perkiraan yang pertama dulu tidak betul," katanya pada satu sidang media di sini sebentar tadi.
 
Malah, beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut mempersoalkan kebolehan parti dominan Cina ini untuk memerintah negara sedangkan perkara kecil sebegitupun tidak mampu ditanganinya.
 
"Dia sering persalahkan SPR kononnya tidak betul, tidak telus, macam-macam isu dengan pengundi yang berjuta, dia yang mempunyai 2600 (perwakilan sahaja) bilang undi pun tidak betul, macamana nak jadi pemerintah?," soalnya dengan sinis.
 
DAP semalam mengumumkan berlaku kesilapan dalam keputusan pemilihan CEC yang diumumkan tiga minggu lalu.
 
Keputusan awal menyaksikan Vincent Wu Him Ven yang tidak berapa dikenali memperolehi undi kelima tertinggi, sama banyak dengan mantan ketua pemuda DAP, Anthony Loke.
 
Keputusan sebenar meletakkan Vincent pada kedudukan ke-26 dan ia juga menyaksikan Zairil Khir Johari memperolehi tempat ke-20 dalam pemilihan itu, menjadikan beliau satu-satunya wakil Melayu yang terpilih ke dalam CEC.

6 comments:

  1. zairil khir johari tu bukan Melayu....dia tetap anak cina...cuma jadi anak tiri khir johari jer...bila emaknya yg pure cina berkahwin ngan khir johari....so jgn salah paham yer???/sebenarnya memang tak ada satu org yg pure melayu pun dlm kepimpinan DAPigs ni...zairil hanya melayu celop jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ape celop... tengok muka memang dah nampak cina dia tu... bukan chinese look, TAPI memang 100% Cina macam Lim Guan Eng jugak....

      Delete
  2. Inikah rupa Parti yang kita nak wariskan pemerintahan? Pilahraya Parti yang kecil begini pun boleh silap dan boleh dipinda2? Ada hati konon tuduh Pilihanraya Malaysia tak bersih?

    ReplyDelete
  3. Wahai rakyat Malaysia cubalah buka mata buka hati apa yang DAP boleh buat. Undi yang kecil pun boleh dikatakan salah kira. Kebanyakkannya yang mengira itu bangsa cina. Mana boleh bangsa cina salah kira. Di sekolah pun sebut aje bangsa cina mesti handal dalam matematik. Adakah ini sandiwara? Kalau perkara ini boleh disandiwarakan tak mustahil kalau DAP memerintah habis rakyat ditipunya semua. Ini Allah dah bagi Iktibar daripada perbuatannya itu.

    ReplyDelete
  4. DAP, malay is not that stupid as you think!

    ReplyDelete
  5. Hehh DAP...langsung memang takkan percaya dari dulu, sekarang dan sampai bila-bila...

    ReplyDelete