Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, January 31, 2013

[Kisah Benar] Ala Ala Tuk, Tuk Jangan Saman @PDRMsia #KCDdialogueSeries


Semalam ketika pulang dari program KCD-PLF Dialogue Series bersama Tun Mahathir, saya bersama blogger Din Turtle pulang ke KL untuk menghantar pulang 3 orang Mahasiswa/siswi ke Jalan Pekeliling kerana mereka akan pulang menaiki bas ke Kuantan, saya hampir melanggar rider abang Polis pengiring yang membawa VVIP di MEX sekitar jam 7.15 malam keluar ke arah Lapangan Terbang TUDM Sg Besi. Nampak abg Polis marah hingga mengetuk kereta saya. Secara jujur, saya sendiri tak tahu arah yang mereka mahu masuk kerana kereta saya benar-benar berada dipersimpangan jalan.

Seorang Mahasiswa menegur saya kenapa saya tak marah ? Malah kata beliau, beliau akan marah kerana dilayan sedemikian rupa oleh pengiring Polis Trafik jika ianya berlaku atas diri beliau sendiri. 

Saya kata "Saya tahu abg Polis menjalankan tugas dan saya tahu bagaimana layanan puak sakai Pakatan Pembangkang melayan abg abg Polis ketika demo BERSIH 3.0. Jadi tidak perlu saya mahu emosi atas sedikit kejadian yang berlaku atas diri saya."

Lebih dari itu, adik bongsu saya juga bertugas sebagai anggota Polis. Saya mengdoakan orang lain juga akan bertindak seperti saya jika adik saya berada dalam situasi yang sama kerana ianya hanya salah faham semata-mata.

Dengan 2 buah motosikal pengiring (hadapan)  campur 1 motosikal pengiring UTK dan sebuah kereta pengiring, saya percaya ianya VVIP, saya bersyukur kepada Allah kerana saya tetap mahu tenangkan diri memikirkan tugas mereka jauh lebih berat dari saya.

Malah malam tadi ketika urusan pemindahan barang-barang seorang rakan ke Ampang, kereta saya dan rakan dengan mudah melepasi 'roadblock' Polis. Saya terfikir ini mungkin hasil atas tindakan saya hingga urusan dipermudahkan oleh Allah.

Bukan memuji diri tetapi mahu berkongsi kisah benar. Kerana saya tetap percaya kata-kata rakan "Hidup ini terlalu singkat untuk kita berkira" - Dan kejadian semalam benar-benar memberi pengajaran kepada saya.

Kepada abang-abang & kakak Polis, lagu ini telah menceriakan saya sambil tersenyum memikirkan tindakan rasional saya untuk tidak emosi atas kejadian yang telah berlaku hingga mahu berkongsi pengalaman ini dalam blog saya. Dan harap menceriakan anda semua :)

Semoga Allah melindungi anda semua ketika bertugas :)

Notakaki - saya ada 4 saman, hehehe boleh minta kurang tak abang Polis ? hihihihi




Lirik lagu Saman(A LA LA LA DATUK)- Poe

Saya nampak tu

* A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk jangan saman
Tolong

** A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk kita kawan
Sape kawan

Saya minta tolong pada datuk
Jangan saman
Saya ada perjumpaan
Dengan persatuan
Surat saman macam ini
Saya ada lapan
Termasuk yang ini wahai datuk
Sudah sembilan
Tolonglah datuk (tolong datuk)
Tolonglah jangan saman (jangan saman)

(Encik dengar sini, hey)
Mana boleh tidak saman
Pandu kereta tak reti perlahan
Orang lain pun guna jalan
Mereka ikut peraturan
Besok bayar saman ini
Ini sudah sembilan kali
Kali ini jangan lalai
Nanti awak tidur tidur balai

Ulang * dan **

Saya janji pada datuk
Sumpah saya tak buat lagi tuk (betul ke)
Pandu kereta laju laju
Takut langgar tembok
Saya tak tipu
Saya cakap betul
Saya janji pada datuk
Betul betul punya janji
Saya tak buat lagi
Tolonglah datuk (tolong datuk)
Tolonglah jangan saman (jangan saman)

(Dengar sini, hey)
Lapan saman tidak bayar
Janji awak saya tak percaya
Tandatangani kertas ini
Awak tidak akan lepas lagi
Besok bayar saman ini
Ini sudah sembilan kali
Kali ini jangan lalai
Nanti awak tidur tidur balai

A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk jangan saman
Tolong la tuk

A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk kita kawan
Ape kawan

A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk jangan saman

A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk kita kawan

(Dialog)

Mana boleh tidak saman
Pandu kereta tak reti perlahan
Orang lain pun guna jalan
Mereka ikut peraturan
Besok bayar saman ini
Ini sudah sembilan kali
Kali ini jangan lalai
Nanti awak tidur tidur balai

A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk jangan saman
Pergi bayar saman

A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk kita kawan
Tidak kira kawan

A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk jangan saman
Jangan awak lalai

A la la la la tuk
A la la la la tuk
Tuk kita kawan
Nanti tidur balai…

Lagu: Ian Lewis
Lirik: Poe


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2009/08/lirik-lagu-saman-poe.html#ixzz2JWKK5M2d

2 comments:

  1. https://www.facebook.com/groups/bayarsaman/?ref=ts&fref=ts

    semoga bermanfaat :)

    ReplyDelete
  2. Sekarang tentera kawal gerak jangan main main Tak pasal kena pukul dengan kayu

    ReplyDelete