Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, January 31, 2013

Apabila Lembu lebih bijak dari PAS Titiwangsa ....




Pas Kawasan Titiwangsa (Pas Titiwangsa) mendakwa dewan-dewan orang ramai di parlimen itu disalahguna oleh Umno untuk kepentingan parti itu.

Penyelaras Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa, Ahmad Zamri Asa’ad Khizaimi, berkata, tinjauan petugas Pas Titiwangsa mendapati kebanyakan dewan orang ramai ditukar menjadi hak milik Umno sejak sekian lama serta menjadi bilik gerakan Umno di beberapa tempat.


Menurutnya, antaranya, dewan orang ramai Pandan Baiduri, Kampung Paya di Kampung Baru, Sungai Baru di Kampung Baru, Kampung Padang di Kampung Bharu dan Datuk Keramat.
“Kesemua dewan ini tertulis dewan orang ramai kecuali di Kampung Padang. Kebanyakan dewan ini menjadi bilik gerakan Umno dengan majlis perasmiannya baru-baru ini. Kita kesal kerana Umno menyalahgunakan harta awam yang dijadikan hak milik mereka sendiri,”

Beliau berkata, pihaknya musykil bagaimana dewan yang sepatutnya menjadi milik orang ramai bertukar menjadi hak milik Umno dan sekelip mata menjadi bilik gerakan pula.

Katanya, jika penguasaan politik diambil kira, Pas Titiwangsa lebih berhak menguasai dewan-dewan sekitar parlimen Titiwangsa kerana Pas memenangi Parlimen Titiwangsa dan majoriti Parlimen di Wilayah Persekutuan juga dimenangi Pakatan Rakyat (PR).

Menurutnya, bagaimanapun Pas dan PR tidak menyalahgunakan dewan orang ramai untuk kepentingan sendiri.

Beliau berkata, Pas Titiwangsa mencabar Umno Titiwangsa untuk mengosongkan dewan-dewan tersebut demi kebaikan rakyat.

Sementara itu, Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani menyifatkan dakwaan Ahmad Zamri sebagai tidak berasas.

Beliau berkata, Umno Bahagian Titiwangsa tidak pernah menyalah gunakan dewan orang ramai, malah banyak membantu membiayai kos penyelenggaraan termasuk keperluan lain demi rakyat di Titiwangsa.

Katanya, dewan-dewan disebutkan oleh Pas itu hanya digunakan oleh Umno untuk Majlis Perasmian Gerak Kerja Pilihan Raya di Zon Kampung Baru, Zon Kampung Pandan dan Zon Datuk Keramat baru-baru ini, bukan bilik gerakan seperti didakwa.

No comments:

Post a Comment