Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, January 16, 2013

[Himpunan Shamsidar #KL112 Gagal] Tiba-tiba... Anwar tarik balik saman terhadap Khairy



Agendadaily - Angin tidak, guruh tidak, tiba-tiba pagi ini ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tarik balik saman malu RM100juta yang difailkan beliau terhadap Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin pada September 2007.
Kes yang banyak kali tertangguh tersebut sepatutnya mula dibicarakan hari ini dengan Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali dan Senator Ezam Mohamad Nor akan dipanggil menjadi saksi bagi pihak Khairy.
Namun Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu pagi ini bahawa Anwar ingin menarik balik saman malu tersebut tanpa kos.
Khairy yang dihubungi Agendadaily mengesahkan perkara tersebut dan mengatakan bahawa tiada permohonan maaf yang dibuat oleh pihaknya.
"(Anwar) Minta saya kata saya tidak cakap apa yang dilaporkan dalam berita,"katanya.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam diberitahu reputasi Anwar tidak terjejas ekoran kenyataan Khairy dalam satu ceramah politik di Kuala Kangsar, Perak enam tahun lepas.
Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah berkata reputasi Anwar sudah pun terjejas ekoran pertuduhan salah guna kuasa dan liwat yang dihadapinya di mahkamah sebelum ini.
Sehubungan itu, Muhammad Shafee yang mewakili Khairy berkata pihaknya akan bergantung kepada semua kes berkenaan dalam tindakan saman fitnah RM100 juta yang difail Anwar terhadap Khairy pada 7 September 2007.
Muhammad Shafee berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam sama ada kes itu relevan dalam perbicaraan saman fitnah Anwar terhadap Khairy.
Anwar mendakwa Khairy, yang ketika itu Timbalan Ketua Pemuda Umno, mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya dalam satu majlis politik di Kuala Kangsar pada Ogos 2007, yang kemudian disiarkan media cetak dan elektronik pada 3 Ogos tahun sama.
Sementara itu, ketika menjawab soalan Muhammad Shafee pada prosiding Selasa, Anwar berkata kenyataan tersebut secara tersirat menggambarkan beliau sebagai tidak pernah memperjuang kepentingan politik bangsa Melayu di negara ini.-16/1/2013

4 comments:

  1. Ini lah yang aku benci sangat dengan peguam, majlis peguam dan segala2 berkaitan dengannya. Ambil masa begitu lama nak selesai satu2 kes. Tujuan saman hanya nak tutup isu. Bila kena saman, tak boleh dibincangkan lagi isu tersebut kerana dah masuk mahkamah. Kalau bincang, akan dituduh mendahului mahkamah. Lepas tu kes significant senyap dan lenyap. Tup tup timbul selepas 6 / 7 tahun, kes ditarik balik sebab dot..dot.. yang tak masuk akal... Inilah dunia orang yang berduit dan berlambak dengan duit. Bergaji tinggi, masyuk kanan kiri, boleh main dengan undang. Bayangkan rakyat marhein yang bergaji ciput, sorry le... mungkin isu yang berlaku 1 / 2 tahun lepas pun dah tak ingat lagi inikan pula 6 /7 tahun. Porahhhhhh...I don't trust all loyar buruk, especially yang berdarah penipu... dan dilatih untuk menipu dan pusing2 untuk tegakkan kote yang bengkok.

    ReplyDelete
  2. INilah permainan politik, saman tu bukannya penting PERSEPSI permainan saman tu penting.

    Katakan kau keluarkan sesuatu kenyataan tentang keburukan Anwar.Apa Anwar buat untuk mendapat persepsi yang positif ? Baca betul2...

    Langkah pertama, Anwar akan saman kau. (PERSEPSI : ANWAR BERANI DAN BENAR SEBAB DIA MENYAMAN penfitnah kononnya) .

    Langkah kedua , setelah prosiding berjalan lama, Anwar akan tarik balik saman (PERSEPSI : ANWAR BENAR SEBAB SAMAN TAK DITERUSKAN)

    Maka, keadaan seakan2 Anwar menang kes saman meskipun beliau yang tetiba menarik balik saman tanpa disuruh oleh yg disaman.

    Inilah yang terjadi kepada kes saman Musa Hasan dan Dr MiM.

    Licik bukan...?

    Cuma kes Nalakarupan sahaja yg masih berjalan...kita lihat

    ReplyDelete
  3. Ya kes Nala masih berjalan,... akan berjalan macam siput babi bergerak. Kalau untung boleh tengok sampai mana dia berjalan, kalau tak, tunggu le 6 ke 7 tahun pula untuk selesai satu kes sebab tangguh. Itu pun kalau umur ku panjang. Tup tup ditarik balik, mungkin masa tu aku pun dah bertongkat nak tengok ending yang tak menjadi.... hahahahahaaaa... PERSEPSI yang dah tahu penghujungnya... aku menang, tak aku yang menang, mana!! bos aku yang menang, mana boleh ... entah lantak lah malas nak ambik tahu... aku tetap pangkah BN.

    ReplyDelete
  4. http://uppix.com/s-424055_26761134350f7b0430011de6d-jpg.htm




    kamu jahanam dajjal2 semua ada baca ka settlement dari KJ atau masih nak memaksumkan pemimpin2 & media BeeeNd laknatullah ni. dorang kata taik tu wangi pun kamu percaya

    ReplyDelete