Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, December 12, 2012

Veteran ATM Menerima Bantuan & Pelbagai Insentif #JHEVbantuVeteran




Kementerian Pertahanan meminta Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) dan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) mengkaji semula bantuan yang boleh diberi  kepada pesara tentera yang tidak berpencen berumur 60 tahun ke atas.

Menteri  Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ini kerana kebanyakan veteran tidak berpencen terdiri daripada mereka yang berumur 60 tahun ke atas.

“40 peratus iaitu kira-kira 70,000 daripada 175,000 ialah bekas pesara yang berumur 60 tahun ke atas,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan program pembangunan sosiekonomi veteran Angkatan Tentera Malaysia tidak berpencen di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, Khamis.

Justeru, Ahmad Zahid meminta Perhebat dan JHEV meneliti bentuk bantuan yang boleh diberi kepada golongan tersebut.

Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) bertanggungjawab dalam membantu meningkatkan taraf sosioekonomi dan memelihara kebajikan pesara tentera setelah menamatkan perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan berusaha bagi menentukan setiap keringat warga veteran ATM yang telah berjuang demi kemakmuran negara diberi perhatian sewajarnya oleh pihak kerajaan, tanpa mengira usia, pangkat dan keturunan

“Saya melihat Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) perlu memikirkan bayaran sekali kepada veteran tidak berpencen, termasuk yang berumur 60 tahun keatas,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata satu perbincangan akan dilakukan antara kementeriannya dan LTAT serta Kementerian Kewangan untuk mencari formula yangsesuai untuk melaksanakan bantuan itu.


Setakat ini, Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (STB1M) sebanyak RM1,000 secara sekali gus (one-off) kepada 234,500 Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terdiri daripada pegawai dan lain-lain pangkat di seluruh negara akan dibayar mulai Januari 2013 yang melibatkan peruntukan kewangan sebanyak RM234.5 juta.

Mengenai bantuan pinjaman kepada pesara tentera yang ingin memulakan perniagaan, Ahmad Zahid berkata mereka boleh mendapatkan pinjaman sehingga RM50,000 dengan mengemukakan permohonan kepada Perhebat yang kemudiannya akandiusulkan kepada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun).

“Kepada mereka yang ingin mengembangkan lagi perniagaan yang sedia ada,pinjaman juga boleh dibuat,” katanya.

Ahmad Zahid berkata pinjaman itu adalah di bawah peruntukan sebanyak RM50 juta oleh kerajaan kepada Perhebat di bawah Bajet 2012 bagi membantu veteran tentera merubah kea rah kehidupan yang lebih baik.

Program Peningkatan Sosioekonomi Veteran ATM yang merangkumi pelbagai kursus yang dianjurkan oleh Bahagian Kerjaya dan Sosioekonomi (BKS), JHEV serta JHEV Cawangan Negeri dalam usaha meningkatkan pengetahuan, skil kemahiran dan keusahawanan Veteran ATM yang telah berkecimpung dalam bidang perniagaan atau ingin memulakan perniagaan.

Ketika ini, JHEV, membuka peluang kepada Veteran ATM yang ingin menceburi bidang keusahawan melalui kursus-kursus yang disediakan dan memantapkan perniagaan usahawan Veteran ATM sedia ada dengan pengetahuan dan skil kemahiran dalam usaha meningkatkan tahap perniagaan mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

No comments:

Post a Comment