Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, December 12, 2012

[PAS TUNDUK DESAKAN DAP?] Kelantan tangguh kuat kuasa syarat lesen salun rambut



Sinar Harian - Kerajaan Negeri Kelantan memutuskan untuk menangguhkan penguatkusaan syarat-syarat lesen salun rambut bukan Islam yang beroperasi di bawah penyeliaan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam berkuat kuasa serta-merta.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hasan pada sidang media selepas mesyuarat Exco sebentar tadi.

"Semua penguatkuasaan ditangguhkan sementara satu kajian dan penilaian dibuat," katanya.

Menyentuh mengenai isu tangkapan terhadap terhadap dua remaja Cina di negeri ini, Takiyuddin berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Star yang didakwa membuat laporan secara tidak profesional.



Pengerusi DAP, Karpal Singh meminta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan secara terbuka pendirian parti itu mengenai isu pengasingan gender, dan bukannya menyerahkan perkara itu kepada Exco Kelantan. 

Karpal, yang merupakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, sikap berdiam diri exco Kelantan dalam mengkaji semula peraturan mengenai pengasingan gender yang melarang wanita bukan Islam memotong rambut lelaki bukan Islam, dan sebaliknya di salon di Kota Bharu tidak menunjukkan kerajaan yang bertanggungjawab. 

"Pemimpin-pemimpin Pas perlu sedar bahawa sikap membisu bukan jalan penyelesaian dan ia hanya memburukkan keadaan. Peraturan itu perlu dihapuskan dengan segera," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Karpal berkata, kenyataan mengenai penguatkuasaan pengasingan gender oleh Majlis Perbandaran Kota Baharu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri Datuk Takiyuddin Hassan. 

"Bagi beliau (Takiyuddin) peraturan itu bukan satu isu dan beliau berkata undang-undang itu dikuat kuasa sejak 1991 selaras dengan slogan kerajaan Pas Kelantan 'Membangun Bersama Islam' yang merangkumi orang Islam dan bukan Islam, dan pada 1999 syarat yang lebih ketat dikenakan oleh Majlis," katanya. 

Karpal berkata, kenyataan itu pastinya menimbulkan kebimbangan di kalangan bukan Islam bahawa cubaan sedang dibuat untuk melaksanakan undang-undang Islam terhadap bukan Islam yang akhirnya bermakna pengenalan hudud kepada bukan Islam. 

"Rasional dalam melaksanakan undang-undang itu kepada bukan Islam ialah seperti diakui Takiyuddin, sejajar dengan slogan membangun bersama Islam yang bermakna melibatkan pengenalan nilai-nilai Islam terhadap bukan Islam," katanya. 

Beliau berkata, Pas perlu mengambil tindakan segera mengenai isu itu memandangkan pilihan raya umum semakin hampir. - Bernama

2 comments:

  1. diharapkan pas dapat mengeluarkan kenyataan balas untuk menutup mulut karpal putar singh..atau PAS akan berada dlm keadaan parah jika gagal...apakata pengikut PAS dlm hal ini?..takkan dah ludah nak jilat kembali?.

    ReplyDelete
  2. kajian dan penilaian akan dibuat.
    Bukannya terus dibuat.

    Menunjukkan PAS menerima pandangan komponen lain.
    Bukannya terus 'reject' dan menggelupur.

    Bukan kah itu membuktikan budaya 'profesionalisma'?

    ReplyDelete