Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, December 6, 2012

TERKINI - Selangor tutup AES 2.30 petang esok [GILO]

Kerajaan Negeri Selangor akan menutup kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang didakwa telah dipasang secara haram di negeri itu, pada jam 2.30 petang esok.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu berkata, notis 14 hari yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Sepang sebelum ini yang telah tamat tempohnya tidak akan dilanjutkan lagi.

Ini bagi memberi peluang kepada kontraktor dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengemukakan permohonan kebenaran merancang kepada pihak berkuasa tempatan terbabit sebelum tindakan selanjutnya diambil.

"Idea untuk kamera AES ini ditimbulkan oleh Menteri Besar sendiri, di mana beliau berlembut hati untuk memberi peluang kepada mereka, sebab itu kita tidak mahu bertindak untuk menanggalkannya walaupun notis itu sudah tamat," katanya di lobi Universiti Selangor hari ini.

1 comment:

  1. AES ini bagus. Tapi cara perlaksanaan tu yang tak bagus.
    Bekas Ketua Polis Negara pun akui.

    http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/aes-tidak-sepatutnya-diswasta-kata-musa-1.110404

    ReplyDelete