Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, December 6, 2012

Himpunan Regim Pakatan Kedah Esok - Berita Baik ! Ustaz Azhar Idrus terlibat

Sumber dari Haramkahdaily memetik seperti dibawah dan gambar diatas kelihatan akan hadirnya Ustaz Azhar Idrus.

Himpunan Kebangkitan Rakyat terus bersemarak lagi esok, 7 Disember bertempat di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, Alor Setar, Kedah.

Himpunan Kebangkitan Rakyat bagi peringkat negeri Kedah ini akan dimulakan seawal jam dua petang dengan segmen Bicara Wanita Pakatan Rakyat.

Kemudian diikuti persembahan kebudayaan, konvoi dan pidato kira-kira jam tiga petang, dan seperti biasa segmen kuliah perdana Ustaz Azhar Idrus dijadualkan jam lima petang.

Tujuh malam, para peserta himpunan bersolat Mahgrib, diikuti munajat perdana dan solat Isyak berjemaah.

Selepas itu, sesi ceramah oleh pimpinan Pakatan Rakyat diadakan jam sembilan malam.

Antara mereka yang akan menyampaikan ceramah pada malam itu, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak.

Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kedah merupakan siri keempat selepas di Negeri Sembilan, Kelantan dan Johor.
Bicaranya saya disini mengenai peluang & ruang yang diberikan oleh kerajaan kepada ustaz Azhar Idrus. Ketika ramai melihat beliau sebagai fenomena, saya pula berfikiran bahawa beliau adalah penceramah bebas yang bijak membina populariti dan dengan mudah merosakkan masyarakat terutamanya memecahbelahkan umat Islam dengan pandangan dari sudut hukum hakam yang jumud.

Mengapa saya berkata sedemikian ? Kerana seringkali beliau menyelitkan unsur-unsur berbaur hasutan kepada para pendengarnya bahawa kerajaan yang sedia sungguh-sungguh tidak betul. Sudah banyak kali terbukti bahawa beliau lebih banyak menghasut dan mengumpulkan kekayaan menggunapakai ajaran Islam yang mana tidak jauh bezanya dengan golongan ulama' PAS.

Tapi apa yang telah berlaku? kerana dek kejarkan rating, media arus perdana sewenang-wenangnya memberi ruang dan peluang kepada beliau. Kenapa 'bijak sangat' berbuat demikian? 

Saya hanya mahu memperingatkan kepada pemerintah bahawa golongan ulama' seperti Ustaz Azhar Idrus ini amat bahaya jika dibiarkan. Pengaruh beliau semakin besar dan tidak mustahil beliau sendiri akan menjadi calon pembangkang dalam PRU nanti. 

Ketika itu, sudah lambat untuk membendung pengaruhnya. Cegah sebelum parah. Jangan biarkan golongan ulama' yang memperalatkan agama untuk memecahbelahkan umat.

3 comments:

  1. Kita mengharapkan ulama-ulama yg berfikiran intelektual dan mempunyai kelulusan yg diiktiraf. Klu ustaz-ustazah adunan PAS, mereka ini byk mengeluarkan pendapat yb mengelirukan madyarakat. Contoh terbaik ketika muktamar PAS lepas dimana Nik Razi mendoakan utk kebinasaan sesama saudara Islam. Perkara sebegini hanya membuatkan agama Islam ditertawakan oleh pendakwah kristian.

    ReplyDelete
  2. Huh Uztaz koboi tu, meme le layak gi sana, banyak merapu yang ilmu tu sikit je yang meraban tu banyak.

    ReplyDelete
  3. azhar idrus ni kelulusan mana?? siapa iktiraf ilmunya tu??.. bukan apa.. takut bwak ilmu yg terpseong..

    ReplyDelete