Minda Hijrah Headline Animator

Friday, December 21, 2012

Pemegang Unit ASB Dividen 7.75 sen, Bonus 1.15 sen

Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen 7.75 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2012 berbanding 7.65 sen tahun lepas.

Sejumlah 7.82 juta pemegang unit, yang kini memiliki sejumlah 110.2 bilion unit ASB, juga akan menerima bonus sebanyak 1.15 sen seunit.

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata bahagian agihan pendapatan membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM8.13 bilion manakala bayaran bonus sebanyak RM712.21 juta.

"Malah, ia merupakan pembayaran tertinggi sejak lima tahun lepas iaitu mulai 2008 hingga 2012, tujuh sen pada 2008, 7.30 sen pada 2009 dan 7.50 sen pada 2010," katanya kepada pemberita pada pengumuman agihan pendapatan ASB di sini hari ini.

Sehingga Rabu lepas, beliau berkata skim itu mencatat pendapatan kasar sebanyak RM8.54 bilion.

"Pendapatan dividen daripada syarikat pelabur menyumbang RM4.80 bilion atau 56.21 peratus daripada pendapatan kasar dan keuntungan daripada jualan saham menyumbang RM2.68 bilion atau 31.38 peratus," katanya.

Beliau berkata baki 12.41 peratus atau RM1.06 bilion dikumpul daripada pendapatan lain.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata tahun ini jumlah baharu pemegang unit seramai 543,000 bagi kesemua skim dan 472,821 pemegang unit ASB.

Mengenai prospek tahun depan beliau berkata memandangkan ekonomi Malaysia stabil, prestasi dana itu dijangkakan lebih baik.


9 comments:

  1. DULU MENGAPA BOLIH BAYAR SAMPAI 12 % ?

    ReplyDelete
  2. Amat sedih sebuah Syarikat Saham yang eksekutif hanya dan gah hanya mampu memberi pulangan tak sampai 1 % sebulan. Sedangkan sebuah koperasi dapat memberi pulangan kepada ahli melebihi 1% sebulan. Gah hanya dimulut ibarat seolah bunyi guruh dilangit hakikatnya amat mengjengkelkan.

    Sudah sampai masanya Pengerusi, Ketua Pegawai Eksekutif dan ahli2 lembaga pengarah dikaji dan dilantik muka baru supaya dividen2 saham yang didagagangkan dapat memberi nafas baru kepada pelabur. Mereka ini kaya-raya hungga harta yang dikumpul dari memengang jawatan ini xhabis anak cucu cicik dan bagi pelabur ibarat bunyi gah guruh tetapi pualangan xkemana. Sehubungan dengan itu rakyat terpaksa mencari pasaran baru dan tapak melabur baharu.

    Akibat ketidakcekapan dan pengagihan sumber kekayaan ini rakyat terpaksa mencari altenatif baru seperti pelaburan Saham Genewa VGMCdan lain2 lagi. Hakikatnya kerajaan terpaksa mengawal dan menyekat pelaburan kerana pengeluaran wang keluar berjuta2. Percayalah jika pulangan dividen melepasi 12% setahun rakyat tidak akan mencari alternatif lain seperti kerancakan saham ANS dan ASNB terdahulu.

    Diharapkan pucuk pimpinan buka mata dan dengarlah rintihan...

    ReplyDelete
  3. Rasa bersyukur tu perlu ada..Daripada ko masuk genneva tu,swisscash tu..nk untung cepat tapi nan hadooo je..Dl dgn skang lain brother.

    ReplyDelete
  4. dulu...hanya berapa kerat sangat yang melabur? itu pun secara kecil2an..

    skrg nih..beratus ribu yang simpan. siap buat loan bank lagi tu..jadi bila dah terlalu ramai, sudah tentu agihan terpaksa dibahagi lebih banyak. maka pulangan akan kurang sedikit berbanding dahulu..

    janganlah asyik nak condemn orang je. belajar2lah bersyukur.

    ReplyDelete
  5. hehehehe... yang banyak bunyi tu sebenarnya ada acc jugak... tipikal.. slalu jumpa orang camni

    ReplyDelete
  6. terima kasih.... PNB!

    ReplyDelete
  7. ada banyak jenis pelaburan, tepuk dada tanya selera.kalau yang ni rase tak untung p cari yang lain, berlambak kat Malaysia ni. Jangan esok dah kantoi nak salahkan semua orang. Jangan pula terkena macam dulu dulu labu peram..ada ingat ka..

    ReplyDelete