Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, December 5, 2012

#PAU2012 - Lagu Keramat "Anak Kecil Main Api" Dinyanyikan Buat Kali Terakhir Sebelum Melayu Hancur ?

Artikel dibawah yang saya siarkan adalah hasil nukilan seorang rakan yang banyak membantu saya sepanjang Perhimpunan Agung UMNO 2012 untuk saya kongsikan bersama-sama pembaca.

Mungkin ianya baik sebagai peringatan untuk kita muhasabah diri setiap individu yang mahu mempertahankan UMNO sebagai tunjang parti pemerintahan negara.


Sebenarnya, banyak komen-komen negatif yang saya terima dari peringkat akar umbi sepanjang perhimpunan berlangsung terutamanya tentang kualiti perbahasan perwakilan yang diberi peluang, Cukup la sekadar kebaikan yang saya sebarkan didalam blog ini dan segala maklumbalas negatif saya jadikan pengajaran untuk diri sendiri.

Hayati lirik lagu ini .... sebak hati setiap kali saya mendengarnya ......

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa

Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara
Melayu kan gagah di nusantara

Sumber blog Pena Dari Tanah Melayu


Suasana pilu menyelubungi Dewan Persidangan PWTC apabila lagu keramat " Anak Kecil Main Api" dinyangikan..

Ramai yang menitiskan airmata mengenangkan nasib bangsa melayu yang ntah apa yang berlaku selepas ini jika tampok pemerintahan negara bertukar tangan kepada parti pembangkang yang diterajui pemimpin Komunis, Manusia Gila Seks dan Manusia yang sesat agamanya..

Aku turut bersedih mengenangkan apa akan berkalu akan datang...

Tetapi aku sedikit tertanya-tanya adakah perwakilan dan pemimpin yang ada di sana merasakan apa yang aku rasa?..

Bukan niat aku untuk mengkhianati parti tetapi aku cuma meluahkan sedikit perasaan aku...

Disaat ini kita tidak harus patah semangat dan berasa lemah..

Kita harus kuat menempuh gelombang ini...

Nyanyian lagi itu seharusnya dihayati dan dijadikan pedoman perjuangan untuk meneruskan survival pemerintahan melayu di negara ini.

Negara ini negara kita dan tanah ini tanah kita... hanya kita yang berhak memerintahnya.. kerana kita adalah tuan yang punya hak ke atasnya.

Persetankan segala penghianat yang datangnya dari bangsa dan agama kita sendiri...

Teruskan berjuang bangsaku.... 

Jangan jadikan lagu ini lagu terakhir buat kita sebelum bangsa dihancurkan....



7 comments:

  1. tetapi Melayu telah dihancurkan oleh Melayu sendiri, yang tamak haloba.

    ReplyDelete
  2. Senarai tanah-tanah Melayu di gadai oleh Melayu UMNO...

    - 22,000 ekar tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.

    - 5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)

    - 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!

    - Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).

    - 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.

    - Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.

    - Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.

    - 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.

    - 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancungan.

    - Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.

    Dan banyak lagi.

    Nyanyi lagu warisan... Anak kecil main api.... Tetapi rupa-rupanya tegadai segala harta benda, kerana tamak haloba Melayu sendiri...

    ReplyDelete
  3. Melayu yang menghancurkan melayu adalah dari puak pembangkang, mereka ini sanggup menggadaikan masa depan orang melayu demi kuasa politik yang sekiranya dapt pun hanya kuasa atas kertas sahaja namum karektor mereka akan di puppetkan oleh orang lain yang setiap masa memusuhi orang melayu.

    ReplyDelete
  4. Kalau pembangkang ambilalih anda yakin perkara omongan kononnya berlaku seperti kata anon 6.15 tu tak berlaku ke? mungkin tergadai semuanya adale.. aku dah semak dengan semua pejabat tanah terlibat, tiada pun tanah itu rezab melayu, ko jangan buat cerita anon 6.15, nak menulis pun biar betul faktanya...mana boleh tanah rezah melayu di tukar status kepada semua tu.

    ReplyDelete
  5. I am appealing to the PM's office, Minister of Information and Minister in charge for Multimedia matters to urge the maintream electronic media to air his song titled ' ANAK MELAYU MAIN API' at prime time slots on a daily basis. The objectives amongst others are to urge the Malays to recall the challanges faced by our forefathers, to instill the nationalistic elements etc. Pls, pls, pls before certain group of Malays being exploited by the chauvinist DAPigs.
    From : Razali David.

    ReplyDelete
  6. Melayu sekarang lwbih mementingkan harta dunia dari memperjuangkan Hak-Hak orang Melayu sendiri...dari Zaman Moyang kita lagi benda ni dah berlaku....cuma baru sekarang baru kita sedar......orang kita sebenarnya lemah bila $$$$ ditunjukkan didepan mata....Kebanyakan Pemimpin Melayu dari mena2 Partipon mereka sanggup menjatuhkan sesama Melayu...sedarlah kita semua sedang diperhatikan..oleh merwka2 yg punya niat untuk ambil negara kita...Ekonomi Negara dikuasaii oleh Bangsa Asing....tapi Melayu tetap tak sedar...Pantang Imbuhan Besar didepan mata terus menjualkan Hak2 yg sepatutnya dipertahankan...cuba kita tengok tanah2 ditepi2 jalan..atas kertas sahaja nama Melayu tapi Hakikinya Hak Orang Lain...sedarlah wahai bangsaku.....sedarlah....pertahankanlah Hak kita selagi kita berketurunan....sampai Bila2.......

    ReplyDelete
  7. Sudah sudahla bukan bangsa melayu tak sayangkan melayu, ketamakan dalam diri seseorang itu yang menyebabkan bangsa itu sendiri jatuh.

    ReplyDelete