Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, December 5, 2012

#JHEVbantuVeteran - Veteran ATM Menerima Bantuan Lebih RM30 juta melalui JHEV




Ramai kalangan rakyat Malaysia tidak menyedari bahawa Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) telah membelanjakan sebanyak RM31.317 juta sejak 10 tahun lalu untuk membantu veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi beberapa skim yang disediakan.
 
Ini sekaligus membidas kenyataan beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab bahawa JHEV tidak membela dan menjaga kebajikan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selepas mereka tamat perkhidmatan.

Perkara ini disahkan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad. Menurut beliau, ini menunjukkan sikap keprihatinan kerajaan dalam memastikan nasib golongan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM sentiasa terbela.

"JHEV menyediakan lima skim bantuan iaitu bantuan sara hidup, peralatan pesakit, persekolahan, institusi pengajian tinggi awam dam bencana alam," katanya pada majlis Penyampaian Pingat Jasa Malaysia (PJM) dan 
Sumbangan Kebajikan JHEV kepada veteran ATM Negeri Kelantan.

Seramai 22 orang menerima PJM dan 21 lagi menerima bantuan skim kebajikan pada majlis tersebut.
Abdul Latif berkata, PJM diberi kepada mereka yang pernah berkhidmat mulai 1 Januari 1969 sehingga Disember 1989.

"Pingat ini adalah sebagai penghargaan tertinggi kerajaan bagi mengiktiraf jasa dan pengorbanan mereka dalam menjalankan tugas menjaga keamanan dan keselamatan negara," katanya

Berdasarkan statistik perbelanjaan skim kebajikan yang disediakan, katanya, ia sentiasa meningkat dari setahun ke setahun dan membuktikan golongan terbabit tidak pernah terlepas pandang oleh kerajaan...

"Pada 2011 sebanyak RM6.526 juta bantuan dibelanjakan membabitkan semua skim kebajikan yang disediakan berbanding 2010 sebanyak RM5.213 juta.

No comments:

Post a Comment