Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, December 26, 2012

[Pakatan Rabak] Kalimah ALLAH: Tuntutan terus dicemuh PAS Selangor

Pas Selangor mencemuh tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang membangkitkan semula isu menuntut Kerajaan Pusat membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, isu kalimah ALLAH tidak boleh dijadikan polemik kerana sangat sensitif melibatkan umat Islam dan boleh menimbulkan ketegangan jika tidak ditangani dengan sebaik-baiknya.

"Setiap pemimpin Pakatan Rakyat (PR) perlu memikirkan sensitiviti agama Islam dan agama lain di negara ini serta dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan membelakangi keputusan mahkamah dan keputusan kolektif di peringkat Pusat.

"Pemimpin perlu berhati-hati dalam setiap kenyataan dan tindakan. Jangan sesekali mendahului keputusan yang belum diputuskan mahkamah," katanya semalam.

Abdul Rani turut menasihatkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu supaya menunggu keputusan yang bakal diputuskan mahkamah dan tidak memberikan kenyataan awal sebelum mendapat restu daripada pimpinan Pusat.

"PR bukan melibatkan satu parti sahaja. Ada banyak komponen di dalamnya, terutamanya  melibatkan isu sensitif seperti ini dan ia perlukan keputusan bersama, bukannya kenyataan peribadi," katanya.

Mengulas lanjut berhubung penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu, beliau menyifatkan perkataan ALLAH boleh digantikan dengan perkataan Tuhan atau 'God' seperti di kebanyakan negara Barat.

Katanya, Pas Selangor akan menurut sahaja keputusan Majlis Syura dan Dewan Ulama di peringkat Pusat dalam isu gesaan Guan Eng itu.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-82 yang bersidang pada 5 hingga 7 Mei 2008 membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah ALLAH.

Muzakarah memutuskan bahawa lafaz ALLAH adalah kalimah suci yang khusus bagi bagi agama dan umat Islam serta tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama lain.

2 comments:

  1. Salam Boss... Hebat blog boss.. Mohon dapat dipautkan blog teman http://kamuntingcentral.blogspot.com/ ke blog boss... Terima Kasehhh Boss..

    ReplyDelete
  2. cuba tanya org2 kristian yg sibuk nk letak nama Allah dalam bible. Tanya diorg, "Adakah Allah nama tuhan kamu? kenapa dalam Bible diserata dunia yg berbahasa English tidak ada satu pun yang meletak NAMA TUHAN MEREKA SEBAGAI ALLAH??".

    ALLAH ITU ADALAH NAMA TUHAN ORANG ISLAM.

    even paderi2 di luar malaysia tidak setuju dengan ni, kerana akan merosakkn akidah org kristian sendiri sebab nama tuhan mereka bukan nama ALLAH.

    ReplyDelete