Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, December 26, 2012

[Pakatan Balak PAS-DAP] Guan Eng bangkit isu kalimah ALLAH alih isu tanah BALAK

Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membangkitkan semula isu menuntut kerajaan pusat membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu dilihat sebagai cubaan mengalih perhatian ramai daripada isu dakwaan pemberian tanah balak di Gua Musang, Kelantan kepada dua pemimpin DAP Perak.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, dalam keadaan sekarang rakyat mahukan penjelasan daripada DAP berhubung dakwaan itu dan tindakan Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP itu membangkitkan semula isu berkenaan adalah cubaan menutup kesalahan pemimpin parti mereka.

"Pada pendapat saya beliau (Lim) cuba bangkitkan semula isu kalimah ALLAH itu kerana cuba alihkan perhatian rakyat terhadap dakwaan pemimpin parti DAP yang menerima tanah balak. Bila timbul salah di pihak mereka, Lim cuba timbulkan isu lain dengan harapan rakyat akan mengalihkan perhatian (ke isu lain).

"Tetapi rakyat sekarang bukannya bodoh dan mereka boleh berfikir yang mana baik dan sebaliknya. Ketua Menteri Pulau Pinang itu perlu sedar perkara berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung kali ke-18 Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida), di sini hari ini.

Turut hadir Presidennya Jamaludin Yusof.

Guan Eng dalam perutusan khas sempena Krismas di laman blognya menggesa kerajaan pusat diterajui Barisan Nasional (BN) membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu.

Mohd Ali yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno berkata masyarakat Kristian di Melaka tidak pernah membangkitkan isu menuntut membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam Bible versi Melayu.

"Ramai orang Kristian di Melaka dan saya sentiasa bertemu mereka dari semasa ke semasa, tetapi sehingga hari ini tiada yang pernah menuntut seperti Lim itu dan mereka juga boleh menerima keputusan yang telah dibuat.

"Jadi mengapa Lim cuba bangkitkan semula isu itu dan saya tidak nampak perkara lain kecuali politik parti DAP. Mereka (orang Kristian) meraikan Krismas hari ini dan ia disambut penuh meriah," katanya.

Sebelum ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-82 yang bersidang pada 5-7 Mei 2008 sudah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah ALLAH dan memutuskan ia adalah kalimah suci khusus bagi agama dan umat Islam serta tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama lain.

Sementara itu, Mohd Ali menyifatkan tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh menempelak dua pemimpin utama parti itu, Datuk Ngeh Koo Ham dan Datuk Teng Chang Khim kerana menerima darjah kebesaran yang dikurniakan raja-raja Melayu yang membawa gelaran Datuk, sebagai hipokrit.

Beliau berkata DAP sepatutnya memecat kedua-dua pemimpin yang terlibat kerana sebelum ini ia menetapkan anggota parti itu yang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dilarang memiliki atau menerima sebarang tanah.

"Sekarang mengapa Karpal tidak pecat mereka kerana mendapat tanah dan dua Adun berkenaan juga sepatutnya meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat kerana telah menerima rasuah. Saya harap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dapat menjalankan siasatan kes itu segera," katanya. - Bernama

1 comment:

  1. cina babi anak beranak ni kena hantar ko nik ajis bg dia ajar sikit kat pulau melaka atau mereka ni dr keturunan yg sama cuma agama lain

    ReplyDelete