Minda Hijrah Headline Animator

Sunday, December 16, 2012

Masa Depan DAP Kabur, Kata Veteran DAP Melayu



DAP akan hadapi masa depan yang kabur jika pemimpinnya tidak meluaskan konsep "Malaysian Malaysia", kata pemimpin veteran DAP Melayu, Ahmad Ton (gambar).
Katanya ahli DAP terutamanya generasi baru harus memahami maksud sebenar konsep parti pelbagai kaum dan adalah satu kerugian untuk DAP jika ia hanya didominasi oleh satu kaum sahaja.
"Kita kena belajar apa itu DAP yang lebih dari satu bangsa. Kalau tidak memikirkan itu, saya rasa sukar bagi DAP pada masa akan datang, kalau tidak menilaikan bangsa Malaysia," katanya kepada pemberita pada akhir Kongres Kebangsaan DAP ke-16 di sini, hari ini.
Konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP ialah membawa maksud kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti dan sejarah negara. 
Ahmad berkata, kini terpulanglah kepada DAP untuk membuktikan kebenaran konsep Malaysian Malaysia itu.
 
Setiausaha Agung Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pelantikan dua wakil Melayu iaitu Senator Ariffin S.M Omar dan Zairil Khir Johari setelah kesemua calon Melayu gagal memenangi jawatan dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC).
Ahmad yang juga naib pengerusi DAP Johor telah berjuang selama 36 tahun dalam DAP hanya memperoleh 347 undi.
Ariffin ketika ditemui berkata, bagi meneruskan impian pakatan pembangkang untuk menawan Putrajaya, DAP tidak boleh mengenepikan kepentingan dan kebajikan orang Melayu.   
"Mereka nak menuju ke Putrajaya sudah pasti mengambil kira kepentingan orang  Melayu. Maka untuk masa depan yang jelas, ini tak dapat dielakkan," katanya.


Mengenai ketiadaan wakil Melayu dipilih dalam CEC, beliau berkata ramai pemimpin Melayu DAP tidak dikenali dan ini menyukarkan mereka untuk meraih sokongan perwakilan DAP yang majoritinya adalah kaum Cina.
Sementara itu, V. Sivakumar yang dipilih sebagai setiausaha antarabangsa dalam CEC 2012-2015, berkata struktur parti itu akan mendorong bangsa India untuk bekerja lebih keras demi mendapatkan sokongan.
"Kami tidak boleh mencabar sistem demokrasi atau mempengaruhi para perwakilan. Orang India dan Melayu hari membentuk lebih banyak cawangan di seluruh negara. Ini merupakan satu lagi tugas buat kami untuk menghantar lebih ramai perwakilan untuk mengubah senario di masa depan," katanya. 
- Bernama

1 comment:

  1. DAP PARTI KOMINIS SIAL.

    ANGGOTA MELAYU DAN KELING BODOH TAK OKEH DI AJAR!!!

    ReplyDelete