Katanya, calon keturunan Cina yang dipilih oleh parti juga mestilah yang boleh berkhidmat untuk kepentingan masyarakat lain, tidak terhad kepada kaum Cina sahaja.
"Yang penting ialah kita mahu semua pemimpin mendekati semua rakyat Malaysia. Kenapa hanya Melayu mendekati orang Melayu, Cina mendekati kaum Cina, India mendekati kaum India sahaja? Ini bukan konsep Malaysian Malaysia yang kita tentukan (perjuangkan)," katanya pada sidang akhbar selepas berakhirnya Kongres Kebangsaan DAP ke-16 hari ini.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, memberi jaminan bahawa DAP, yang menjadi tunjang parti pakatan DAP-PKR-Pas, akan menampilkan calon Melayu bagi meraih sokongan khususnya orang Melayu.
Mengenai permintaan DAP yang mahu tambahan 13 kerusi iaitu tiga kawasan Parlimen dan 10 Dewan Undangan Negeri (Dun), beliau berkata, perkara itu akan dibincangkan dengan lebih lanjut oleh Biro Pakatan Rakyat yang baru ditubuhkan parti itu.
Pada pilihan raya umum 2008, DAP bertanding bagi 47 kerusi Parlimen dan 102 kerusi Dun.
Anggota jawatankuasa DAP Pulau Pinang, Zulkifli Mohd Noor berkata, parti itu mesti mengetengahkan calon Melayu dalam pilihan raya umum akan datang untuk memastikan kemenangan DAP dan seterusnya mengekalkan pentadbiran di Pulau Mutiara ini.
"Sekiranya DAP mahu memerintah Pulau Pinang sekali lagi maka rakyat mesti nak lihat yang menganggotai Adun ada daripada kaum Melayu DAP. Kalau tidak ada, apa mesej yang anda (DAP) mahu hantar kepada rakyat, khususnya orang Melayu?" katanya.
Zulkifli merupakan seorang daripada lapan pemimpin DAP Melayu yang gagal dalam perebutan jawatan CEC.
Menyatakan keputusan pemilihan CEC itu tidak mengecewakannya, beliau berkata: "Sama ada mereka pilih saya atau tidak, ia tidak meninggalkan sebarang kesan lagi kerana saya sudah pun menjadi veteran."
"Saya akan luahkan apa sahaja yang perlu saya perkatakan dan saya akan menyumbang bukan sahaja untuk parti tetapi juga Malaysia," katanya. - Bernama
Dulu rasanya kecoh tentang kekurangan pemimpin bangsa-bangsa lain selain Melayu yang memang jawatan-jawatan tertinggi di dalam kabinet. Sekarang ni, apabila kena pada diri sendiri, pandai pula nak bercerita tentang kenapa hanya Melayu yang perlu dekati Melayu dan kenapa tidak Cina atau bangsa lain pula menjadi pemimpin untuk mendekati Melayu? Cakap berbalik-balik. Konsep Malaysian Malaysia apa sebenarnya yang cuba disampaikan parti DAP?
ReplyDeleteIni pati perlu diharamkan sama sekali kerana masih ada org2 melayu yg x sedar diri..
ReplyDeletePARTI KESAYANGAN PAS,TAKBIRRRR
ReplyDeletepeliklah org Melayu yg ada dlm parti pembangkang terutamanya PKR dan DAP. mcm x de hati perut!
ReplyDelete