Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, December 19, 2012

[GILO] Amanat 1981: Nik Aziz pertahan Hadi Awang

Sinar Harian - Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas mufti-mufti yang mendesak Presidennya, Datuk Abdul Hadi Awang menarik balik "Amanat Haji Hadi" sambil menegaskan mufti tidak harus "bermain politik."

Menurutnya, Presiden Pas memiliki ilmu yang lebih tinggi berbanding mufti kerana mempunyai kelulusan Madinah yang cemerlang.

Sehubungan itu katanya, para mufti tidak harus menganggap Hadi tidak mengetahui hukum-hakam agama Islam semasa mengeluarkan amanat itu.

"Saya membaca kenyataan beberapa orang mufti yang mendesak agar Presiden Pas menarik balik apa yang didakwa sebagai Amanat Haji Hadi.

"Saya kira, ilmu yang dimiliki oleh Presiden Pas tidak lebih rendah dari ilmu yang dimiliki oleh para mufti, bahkan beliau merupakan lulusan Madinah yang cemerlang.

"Jadi saya menyeru kepada para mufti, jangan beranggapan Presiden Pas sebagai orang yang tidak tahu hukum hakam," kata beliau dalam reaksinya diperoleh dari laman sosial Facebook.

Kelmarin, dua orang mufti termasuk Tan Sri Harussani Zakaria menggesa Abdul Hadi  menarik balik amanat mendakwa Umno kafir, yang dikeluarkan lebih tiga dekad lalu.

Mengulas lanjut, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, mufti boleh berbincang dengan cara yang elok dan tidak perlu bermain politik.

"Mufti boleh berbincang jangan bermain politik partisan di dalam jubah mufti," katanya.

Beliau juga mengingatkan mufti supaya tidak menjual harga seorang mufti sehingga menjadikannya "murah".

"Jangan jual harga mufti dengan murah...," katanya.

5 comments:

  1. Bongkak dqn angkuh sungguh ulama ini. Riya tu..

    ReplyDelete
  2. Nyampah tol aku org tua ni..tipikal kelantanese!

    ReplyDelete
  3. kalau cemerlang tapi tak guna akal macam mana???

    ReplyDelete
  4. Bagaimana pula dgn org yg kononnya alim dlm soal agama tapi bermain politik? Kemungkinan besar dia akan mempergunakan agamanya utk kepentingan politiknya kerana baginya politik mengatasi agamanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nik ajis cakap tak serupa bikin,

      "Mufti boleh berbincang jangan bermain politik partisan di dalam jubah mufti," katanya

      apa yang di cakap sama aja dia pun main politik dalam jubah juga,,

      Delete