Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, December 13, 2012

[Aksi Longlai Selepas Kahwin] Siri Super Dunia: Chong Wei tewas perlawanan sulung

PEMAIN nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei gagal mempamerkan aksi cemerlang apabila tewas di tangan pemain muda China, Du Pengyu dalam perlawanan pertama Kumpulan A Kejohanan Akhir Siri Super Dunia di Shenzhen, China, sebentar tadi.

Meskipun mudah memenangi set pertama 21-12 ke atas Pengyu, Chong Wei diikat 16-21 pada set kedua.

Ketika set ketiga, Pengyu yang ketinggalan pada awal saingan, bangkit dan memberi tentangan sengit sebelum meraih kemenangan tipis 22-20 yang mengambil masa lebih satu jam.

Dengan kekalahan ini, misi Chong Wei untuk memburu kejuaraan keempat kejohanan itu setelah memenanginya pada tahun 2008, 2009 dan 2010 tampak sukar.

Sementara itu, dalam satu lagi aksi Kumpulan A, pemain dari Thailand, Boonsak Ponsana tewas kepada pemain Taiwan, Hu Yun 21-19, 17-21 dan 9-21.

Pada perlawanan kedua kumpulan esok, Chong Wei akan bertemu Boonsak manakala Pengyu akan menentang Hu Yun.

Kejohanan Akhir Siri Super Dunia BWF menawarkan hadiah wang tunai AS$500,000 (RM1.5 juta).

Ia menampilkan lapan perseorangan dan beregu terbaik daripada setiap kategori yang telah mengumpul mata tertinggi sepanjang kejohanan Siri Super tahun ini.

1 comment:

  1. Kira OK lah tu. Hafuz, masa belum kahwin (dulu) dah longlai, banyak buang ke longkang.

    ReplyDelete