AIDCNews – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar membuat kenyataan kebebasan agama di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya, Sabtu lalu kerana terpengaruh dengan pemikiran barat.
"Kita Muslim. Kita tidak boleh menukar agama.
"Lain-lain, mereka lebih, apa yang anda panggil … kepercayaan mereka mungkin membenarkan mereka (untuk menukar agama). Kita tidak seharusnya terlalu dipengaruhi oleh pemikiran barat." katanya dalam sidang akbar selepas menerima Anugerah Penaung Pertubuhan Perancangan Malaysia sempena sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia, semalam.
Mengulas lanjut kata Dr. Mahathir, umat Islam di negara ini tidak boleh terbawa-bawa pemikiran barat, bebas melakukan apa sahaja, termasuk mengeluarkan filem menghina agama Islam dan berkahwin dengan sesama jenis.
"Saya tertarik apabila tiga pemimpin agama di Amerika Syarikat menyatakan taufan Sandy yang melanda pantai timur negara itu disebabkan balasan Tuhan terhadap kegiatan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
"Jelas mereka juga tidak setuju dengan amalan berkenaan dan kalau kita biarkan perkara ini berlaku, institusi keluarga akan hancur," tambah beliau.
Nurul Izzah dalam satu wacana berjudul : Negara Islam: Versi siapa?, Tanggungjawab Siapa?," anjuran sebuah pergerakan Kristian di Subang Jaya 3 November lalu berkata orang Melayu tidak harus terkecuali daripada kebebasan agama dan hak itu bukan istimewa untuk bukan Melayu sahaja.
Dalam masa sama, Nurul Izzah juga turut mempertikaikan undang-undang berkaitan dengan halangan terhadap Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT).
Menurutnya, selain daripada tempat awam, pihak berkuasa tidak wajar untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dengan gejala tersebut di tempat peribadi.
Jika undang-undang itu dilaksanakan juga di tempat peribadi, katanya, ia dianggap sebagai tidak menghormati hak privasi seseorang individu.
Nurul Izzah melalui profil peribadi yang disiarkan di nurulizzah.com adalah pemilik ijazah sarjana muda di dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal & Elektronik dari Universiti Tenaga Nasional, dan kemudiannya menyambung pengajian di peringkat sarjana di School of Advanced International Studies (SAIS), Universiti Johns Hopkins, Washington, D.C. di dalam bidang Kajian Asia Tenggara, Hubungan Antarabangsa.
"Menerusi aktiviti antarabangsa yang beliau ceburi, beliau berkesempatan menghadiri konvensyen yang memperjuangkan hak-hak asasi manusia, termasuklah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu.
"Beliau juga, bersama teman-teman dari badan-badan bukan kerajaan seperti SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) dan ALTSEAN BURMA sempat mengadakan rapat umum bersama pelajar-pelajar Malaysia dan luar Negara di universiti-universiti seluruh dunia untuk mengetengahkan isu ketempangan demokrasi di Malaysia.
"Beliau juga telah menyumbang dalam penulisan Global Health Watch 2 (2008), sebuah penerbitan laporan alternatif kesihatan sedunia, dan bergiat aktif dalam kumpulan Women Leaders Intercultural Forum (WLIF) kelolaan bekas Presiden Ireland, Mary Robinson dari tahun 2005-2007,"lapor nurulizzah.com.
Anak dan cucu-cicit dia bukan sahaja berfikiran barat. Dah jadi orang barat pun.
ReplyDeleteArak macam minum air mineral je.
Semua agama adalah SAMA.
Bila dia sakit. Pak sami, Paderi semua dijemput datang berdoa.