Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, November 8, 2012

Ahmad Zahid Hamidi: [Nurul Izzah] Hati-hati keluar kenyataan

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Nurul Izzah Anwar agar lebih berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan hukum agama.

Menurut beliau, kenyataan kontroversi Naib Presiden PKR itu mengenai isu kebebasan beragama tidak sepatutnya dikeluarkan pemimpin Islam berkenaan.

"Saya harap beliau lebih berhati-hati memberi kenyataan, dalami secara terperinci hukum-hakam agama dahulu supaya tidak dijadikan bahan politik bagi meraih sokongan mana-mana pihak," katanya kepada media ketika tiba di Laman Belia sempena program Kembara 1Malaysia Bike Week, di Sungai Rambai, dekat sini semalam.

Ahmad Zahid berkata, biarpun Nurul Izzah mendakwa kenyataan itu disalahlaporkan media, namun rakaman dialog adalah jelas

No comments:

Post a Comment