Sinar Harian - "Dia (Mohd Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR) patut c. Dia memang tidak tahu malu apabila menggunakan kemudahan disediakan kepada Ahli Parlimen. Dia yang sebenarnya yang menjatuhkan maruah Dewan Rakyat."
Demikian kenyataan sinis Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar ketika mengulas dakwaan Rafizi terhadap keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia melarang penggunaan sudut sidang media di lobi Parlimen oleh mereka yang bukan Ahli Parlimen.
Larangan lisan tersebut berkuat kuasa serta merta kerana tidak mahu sudut bertulisan 'Parlimen Malaysia Sidang Media' disalahguna oleh mereka yang bukan Ahli Parlimen.
Noh berkata, beliau bersetuju dengan laranganyangdibuat itu kerana sudut sidang media itu adalah satu kawasan khusus untuk Ahli Parlimen tetapi telah dimanipulasi oleh pemimpin parti pembangkang yang bukan Ahli Parlimen untuk membuat sidang media.
"Rafizi bagi saya ahli politik tidak matang, tidak tahu malu dan hanya mengambil kesempatan.
Lebih melucukan apabila dia pula menyalahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz kononnya menggunakan kuasa menghalangnya membuat sidang media," katanya, semalam.
Noh yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor berkata, Rafizi perlu cermin diri sendiri sebelum membuat tuduhankerana larangan itu hanya dikenakan kepada orang luar atau pelawat.
"Saya pernah berhadapan situasi ini. Sebagai menteri dan Ahli Parlimen, saya terpaksa menunggu sehingga 40 minit untuk membuat sidang media kerana tempat itu digunakan Rafizi.
Saya hairan, dia buat sidang media atau ceramah politik kerana ambil masa terlalu lama.
"Siapa Rafizi ini? Kalau Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) dan Datuk Saifudin Nasution (Machang) yang mengadakan sidang media tidak mengapalah kerana mereka Ahli Parlimen, tetapi mereka ini hanya menjadi 'pengiring' Rafizi pada hari tersebut," katanya.
Jika Rafizi menghormati martabat Dewan Rakyat, kata Noh, dia tidak akan buat sidang edia di lobi Parlimen, tetapi di tempat lebih sesuai dengan kedudukannya sebagai ahli politik.
"Dia boleh buat sidang media di ibu pejabat partinya sendiri kalau dia mahu. Tetapi inilah sikap pemimpin pembangkang yang perlu diketahui rakyat. Dia yang buat salah ceroboh hak Ahli Parlimen kemudian salahkan orang lain pula. Kalau dia tahu malu, dia takkan buat begitu," katanya.
apa nak heran??? jantan jambu ni mana ada kemaluan....yg ada cuma jubor jer!!!itu pun dah rabak kot di jubor oleh.....(korang pikir la sendiri....)
ReplyDelete