MYKMU.NET - BUKAN senang nak membina dan memajukan sebuah negeri sebesar Selangor. Bertahun-tahun masa diambil untuk memastikan perkara tersebut menjadi kenyataan, dan akhirnya dibawah tangan BN, Selangor menjadi negeri termaju.
Menyaksikan begitu ramai 'pelarian' dari negeri mundur yang ditadbir PAS, berhijrah ke negeri tersebut sepanjang tempoh tersebut.
Itu bukti kerja keras kerajaan BN, berkhidmat kepada rakyat dan perkataan seumpama dengannya yang disifatkan orang pembangkang sebagai retorik. Retorik apa kalau semuanya memang betul?
Tapi datang puak tak cukup akal dan tak cukup moral ini memerintah, cerita lain pulak yang berlaku.
Aset-aset utama kerajaan negeri dijual, perkhidmatan yang dulunya elok teratur macam pungutan sampah, bertukar jadi buruk, tak berpungut dan seumpama dengannya. Itu tak sebut lagi wang dari agensi-agensi kerajaan negeri macam MBI (Menteri Besar Incorporated) yang dibelanjakan macam harta mak ayah dia sendiri.
Tak keterlaluan penulis katakan disini, BN datang memajukan, puak ini datang memundurkan.
Ini baru satu negeri pun tak boleh nak urus, apa cerita nak kendali sebuah negara macam Malaysia. Balik-balik yang disebut, zaman Anwar jadi Menteri Kewangan tahun 90-an dulu, semuanya elok, semuanya murah, maka itu kalau dia jadi Perdana Menteri sekarang, keadaan itu akan berulang semula.
Untuk yang percaya benda karut macam ini penulis nak sebutkan.
Masa itu memang ekonomi Asia ini tengah berkembang, Anwar atau sesiapa jadi Menteri Kewangan pun, keadaannya tetap sama. Lagipun Anwar dilantik ditempat itu atas kapasiti sebagai bakal Perdana Menteri menggantikan Tun Mahathir, bukan sebab dia super duper hebat dalam bidang ekonomi dan kewangan macam Tun Daim Zainuddin.
Pendek kata sejarah dulu tak terpakai dan nasib yang menimpa Selangor hari ini (Anwar sebagai Penasihat Ekonomi) adalah bukti kepada kenyataan penulis tersebut. Apatah lagi bila Anwar sememangnya bukan seorang yang genius memerintah tapi genius membelit.
Apa yang berlaku di Selangor sekarang, penting untuk dijadikan pedoman kepada rakyat yang percaya puak-puak Pakatan haram ini mampu membawa perubahan besar kepada negara kita dan negeri-negeri yang diintai mereka sekarang, macam Johor dan Negeri Sembilan.
Depa hanya tau buat kerja senang, kalau di Kelantan, tebang balak, di Kedah pun begitu, di Pulau Pinang, kuari dan di Selangor, macam sekaranglah, jual aset milik agensi kerajaan negeri.
Senangkan, tak payah pergi sekolah pun boleh buat kerja itu. - oleh Adamyan
No comments:
Post a Comment