Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, October 31, 2012

AES - Mahfuz Gila Ajak Rakyat Langar Undang-Undang

KASE Saran Pengguna Tidak Bayar Saman AES

Kempen Anti Saman Ekor (KASE) hari ini menggesa orang ramai agar tidak membayar kompaun yang dikenakan oleh Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), kata pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar.
 
Malah, KASE bersedia menyediakan peguam untuk membawa kes tersebut ke mahkamah sekali gus mendesak kerajaan agar menangguhkan pelaksanaan AES.
 
Justeru, Mahfuz berkata, kerajaan juga perlu menarik semula saman-saman yang telah dikeluarkan bermula pada 10 Oktober lalu.
 
"Terdapat banyak desakan untuk AES ditangguhkan, satu meja rundingan perlu memperincikan perkara ini dan keputusan perlu dibuat segera oleh kabinet.
 
"Oleh itu kerajaan perlu tarik balik saman yang telah dikeluarkan sejak 13 Oktober 2012. Jika kerajaan enggan berbuat demikian saya seru mereka yang sudah menerima saman AES untuk tidak membuat bayaran kompaun sebanyak RM300. Ikut arahan yang tertera di kertas saman untuk pergi ke mahkamah dan KASE sedia beberapa orang peguam untuk bantu dalam kes ini," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini hari ini.
 
Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, kompaun yang dikeluarkan tersebut mengelirukan rakyat kerana terdapat saman yang diterima menggunakan seksyen 79(2), bagaimanapun denda tersebut dibuat atas kesalahan melebihi had laju.
 
"Seksyen ini bukan berkaitan had laju tetapi pelanggaran arahan dan isyarat lalu lintas. Di kertas saman itu juga tertera kompaun minima adalah RM300, tetapi sebenarnya adalah tidak melebihi RM500.
 
"Mengikut seksyen ini juga pengguna jalan raya  boleh menggunakan budi bicara mahkamah yang mana kemungkinan kompaun itu boleh dikurangkan menjadi RM50 atau boleh dibebaskan dengan amaran. Saman ini celaru dan keliru, oleh itu jangan bayar kita sedia peguam," katanya.
 
Pada masa yang sama Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS turut berterima kasih kepada Pemuda Umno susulan cadangan mereka untuk AES ditangguhkan.
 
Dalam perkembangan berkaitan, Penasihat Undang-undang KASE Zulazmi Shariff mendakwa, pihak syarikat Beta Tegap Sdn Bhd dan Ates Sdn Bhd menggunakan kenderaan yang menyerupai pengangkutan penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ).
 
Syarikat Beta Tegap Sdn Bhd dan Ates Sdn Bhd merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam mengendalikan AES.
 
"Maklumat yang diterima dua syarikat ini menggunakan kenderaan syarikat jenis Frontier yang mempunyai warna dan logo yang menyerupai kenderaan JPJ.
 
"Ini satu bentuk penyamaran. Saya minta JPJ jawab perkara ini kerana kita tidak mahu ada pihak sewenangnya melakukan sekatan jalan raya dengan menggunakan kenderaan yang menyerupai pihak berkuasa," katanya.
 
Kesemua empat negeri yang diperintah oleh PR telah memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan AES yang mengesan pesalah trafik yang melanggar had laju dan lampu isyarat, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng baru-baru ini.

3 comments:

  1. Wah, lepas ni boleh bermaharajarela la kita di jalanraya.... Mat Put dah bagi green light.... TQ Menteri SRP Mat Put...

    ReplyDelete
  2. Anak haram yang bakal menjadi "menteri Putar Alam".
    Belajar setengah tingkat nak belagak ilmu setinggi 20 tingkat.
    Malang kalau ada menteri anak haram mcm ni.

    ReplyDelete
  3. siapa yang langgar undang-undang, logik la kena saman! berjuta lagi rakyat kita yang ikut undang-undang! tak pulak diambil pusing oleh orang-orang yang berkepentingan!

    ReplyDelete