Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, November 20, 2012

Laporan 'Umno Murtad': Fitnah terbaru, kata Nik Aziz

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, laporan muka depan sebuah akhbar berkenaan "Umno murtad" hari ini satu pembohongan dan fitnah terbaru ke atas beliau.

Sehubungan itu kata Nik Aziz, beliau akan mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar berkenaan.

"Tajuk muka hadapan Utusan Malaysia hari ini yang menulis 'Nik Aziz dakwa Umno murtad" adalah satu pembohongan yang besar ke atas saya.

"Barangkali gaji mereka yang bertanggungjawab menabur fitnah ini cukup besar sehingga berbaloi utuk menebus dosa akibat fitnah. Insya-ALLAH saya akan mengemukakan saman ke atas fitnah terbaru ini," kata beliau di laman sosial Facebook hari ini.

Utusan Malaysia dalam laporannya hari ini berkata, selepas adiknya mendoakan kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN),  Nik Aziz pula memberi gambaran bahawa Umno merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.

Kata laporan itu, beliau dalam nada tegas kemudiannya melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau pun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.

Sehubungan itu katanya, Umno tidak perlu dimuliakan sebaliknya doa-doa yang memohon agar Umno dan BN ditimpa bala tidak salah kerana ia sama dengan kisah Nabi Noh yang memohon kepada Allah untuk memusnahkan umatnya yang tidak patuh kepadanya.

"Bila Umno buang Islam daripada dasar hidup dia, maka Umno agama apa? Agama Islam itu al-Quran, bila Umno tolak Islam, dalam dasar parti maka Kristian ke, Buddha ke atau tidak ada agama?

"Timbul masalah murtad. Murtad ini khabarnya orang Kristian, paderi-paderi dia. Saya nak kata tidak, yang jadi orang Melayu murtad ini kerana orang Melayu sendiri perlekeh Islam.

"Umno tolak Islam maka nampak dia memperlekeh Islam, dia buang Islam macam benda sudah habis tempoh, macam ubat sudah habis tempoh, buang," katanya dipetik akhbar itu.

Terdahulu 'admin' FB Nik Aziz berkata:

"Setelah layanan baik diberikan kepada media termasuk Utusan Malaysia sepanjang Muktamar Pas Kali ke-58, inilah hadiahnya. Fitnah yang sangat dahsyat terhadap Tuan Guru Al Mursyidul Am Pas."

8 comments:

  1. jangan rujuk kepada media meloyar semata-mata.
    Nanti terjerat sekali lagi, seperti Dr. Ng Yen Yen yang menyalah tafsir kata-kata TGNA.
    Itu hari Wanita MCA mengatakan bahawa TGNA suruh rogol wanita, tapi kalau di ikuti betul-betul, bukannya menyuruh rogol wanita, tetapi wanita yang mendedah aurat dan menjolok mata tu umpama mengundang di Rogol.
    Kini, TGNA kata, bila atau sekiranya UMNO tidak menerima Islam, dan memperlekahkan Islam, UMNO tu parti apa? Dia tak kata pun murtad.
    Takkan tak faham erti sarkastik dll..
    Jangan Politik mengaburi pemikiran bijak anda.

    ReplyDelete
  2. Nik Aziz ni, statement & clarification yg dia keluarkan amat berbelit-belit sbb otak si penipu memang begitu. Selang beberapa hari nnt keluat ststement lain yg contradictory plak dgn yg lepas. Keliru dan mengelirukan dan sesat lagi menyesatkan. Klu umur panjang tapi byk berbakti takpe lah gak, tapi ni Allah dah bagi umur panjang, berkuasa serta berpengaruh, namun keluarkan statement yg memecahbelahkan dan meruntuhkan silatur-rahim sesama Islam. Si Nik Razi plak pun 2 x 5, tapi klu bagi ceramah or takirah kat Menara Maybank KL, abis ceramah mintak derma or sumbangan, asyik meminta memanjang, tak nampak plak dia memberi.

    ReplyDelete
  3. Selalunya manusia kalau dah terlanjur cakap susah nak mengaku salah.....Biasanya puak2 PAS ni akan cari jalan untuk mengelak kesalahan pada diri mereka dengan melontarkan kesalahan pada orang lain.Ini dipanggil 'reverse phsychology'.Ummat Islam di Malaysia dah lali dengan perangai puak2 khawarij ini. Sebagai contoh masaalah murtad dikalangan Melayu; bukan kesalahan terletak pada orang2 kristian ,pada pendapat Nik Aziz.Ianya kesalahn UMNO.Jadi orang seperti ini...apa jua yang dikatakannya akan memakan dirinya sendiri......seperti doa yang dilafazkan Nik Razi, abang Nik Aziz dipadang stadium Kota Baru tu.Jangan risau...ALLAH akan terbalikkan doa dan tuduhan seperti itu kepada orang2 yang melafazkannya.Ini jaminan ALLAH.......Mungkin ini adalah satu petanda awal kemusnahan parti PAS itu sendiri.

    ReplyDelete
  4. kalau berani kerana benar kita tunggu je di mahkamah dan terima keputusan mahkamah. tak sabar nak tengok siapa sebenarnya yang kena akibat mulut yang bacul.

    ReplyDelete
  5. Apa yg keluar dari mulut Nik Aziz selama-lamanya dolak dalih,itu sebabnya saya tak pernah rasa kagum pada orang tua ni.Yang menguntungkan dia dia senyum,bila tekna paku buah keras,mulalah dia berdalih.Pengikutnya pun sama,katakan apa yg di cakap oleh Nik Azi di diamkan saja,dan Umno jadi moyok kerana apa yg di perkatakan oleh Nik Aziz tersebut,sudah tentu pengikutnya akan melompar dan berhamburan terus menggunakan cacaian Nik Aziz tersebut.Sekarang,berlaku di sebaliknya,dan pengikutnya pun mula lah segan silu seperti anon 11.42 di atas,yg mula menyalakan media.

    ReplyDelete
  6. Politik belako. Celako, celako, celako. Nate bewok lebih ko politik dari agamo. Ore nok satu-padu, demo tolok. Ore nok sepakat, demo tolok. Nate bewok DAP, PKR anti-Isle demo suko saing. Demo agamo gapo?

    ReplyDelete
  7. Nik aziz slalu lupa fitnah2 dia kt Umno.. mcm biasalah.. dh tersalah ckp tk nk mengaku pulak. Klu baca ayat dr mulut dia tu mmg indirectly dia nk kata umno ni murtad.. boleh minta dihapuskan spt umat nabi nuh yg tk percaya Allah. Ppastu dia persoalkn plak Umno agama apa? Apasal dia nk persoalkn agama umno pulak pdhal umno mmg islam?. Nik aziz.. menipu tu pn berdosa jugak.. berprasanfka buruk pm berdosa jugak. Nik aziz tk pernh belajar ke basic islam?

    ReplyDelete
  8. Biasa org nyanyok,,Mudah lupa!!!!!

    ReplyDelete