Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, November 20, 2012

Calon PM: Anwar pilihan Pakatan, kata DAP

DAP hari ini mengulangi pendirian pihaknya bahawa calon Perdana Menteri jika membentuk Kerajaan Pusat kelak adalah seperti yang telah disepakati oleh Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pihaknya telah bersepakat dalam memilih Anwar sebagai Perdana Menteri  dan tiada perubahan dalam keputusan itu setakat ini.

Mengulas perkembangan semasa yang tercetus pada Muktamar Tahunan Pas ke-58 dan Himpunan Kebangkitan Rakyat Jumaat lalu, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang memberitahu, PR telah mempunyai kesepakatan dalam pemilihan calon pihaknya dan isu siapa menjadi Perdana Menteri tidak perlu dibangkitkan lagi.

"DAP tidak mempunyai calon sebagai Perdana Menteri walaupun Pas dan PKR telah mempunyai calon.

"Kita telah sepakat mengatakan Anwar menjadi Perdana Menteri, jadi kalau ada parti lain ada mahu mencalonkan pemimpinnya, itu terpulang.

"Apa yang penting,  keputusan antara pemimpin yang sepakat memilih Anwar sebagai Perdana Menteri apabila PR berjaya menawan Putrajaya dan tiada perubahan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Mengulas lanjut, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, sesiapa pun boleh mengeluarkan pendapat dan cadangan untuk memilih pemimpin daripada parti masing-masing untuk menjadi Perdana Menteri.

Namun katanya, apa yang penting ia satu keputusan bersama pemimpin PR.

Dalam pada itu, Guan Eng menafikan DAP mempunyai kesepakatan dalam isu hudud yang dibawa Pas.

Sebaliknya katanya, DAP tetap akan bersama PR memenangi Putrajaya dan memperjuangkan isu membanteras rasuah, memberi kesamarataan serta wujudkan dasar yang adil.

"Memang perbezaan pendapat wujud antara DAP dan Pas tapi kita perjuangkan agenda yang ada dalam Buku Jingga.

"Kita hormat Pas seperti Pas hormat DAP. Kita berganding bahu dalam isu-isu bersama iaitu lawan rasuah dan mahu selamatkan Malaysia dimiliki rakyat bukan kroni," katanya.

2 comments:

  1. Tolak Pakatan Rakyat pada PRU 13 kerana pemimpin terbaik yang ditawarkan oleh mereka untuk menyandang jawatan PM ialah seorang peliwat bersiri.Tak ada kualiti langsung pilihan mereka. Buat malukan Malaysia di mata dunia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangaaaat tu ......la bro.1000000%

      Delete