Minda Hijrah Headline Animator

Friday, November 23, 2012

Izzah saman Utusan isu kebebasan beragama

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Kumpulan Utusan dan ketua pengarangnya berhubung laporan berkenaan dengan kenyataan menyentuh kebebasan beragama, yang menurut beliau telah diputarbelitkan oleh akhbar terbitan syarikat berkenaan.

Syarikat itu merupakan penerbit akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia.

Nurul Izzah memfailkan tuntutan saman melalui firma guaman Tetuan Mohamed Hanipa & Associates di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Beliau selaku plaintif, menamakan syarikat Utusan Melayu (M) Berhad dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak masing-masing defendan pertama dan kedua.

Saman itu berhubung empat artikel yang disiarkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia antaranya bertajuk: "Melayu bebas pilih agama? Rakyat tidak harus dipaksa amal ajaran tertentu - Nurul Izzah" bertarikh 5 November lalu.

Menurut pernyataan tuntutan, Nurul Izzah menuntut defendan meminta maaf dan menarik balik tuduhan fitnah dalam masa 24 jam daripada tarikh perintah ke atas writ saman di muka hadapan Utusan Malaysia, ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi melampau, tetapi nilai tuntutan tidak dinyatakan.

Menurut pernyataan tuntutan, tiga lagi artikel yang diterbitkan akhbar berkenaan di muka surat lima bertarikh 6 November 2012 pula adalah "Nurul Izzah cuba gadai Islam, Melayu"," Naib Presiden PKR letak akidah lebih rendah daripada politik" dan "Kenyataan Nurul Izzah bertujuan jadikan Malaysia negara Pluralisme agama".

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai juga menuntut injunksi kekal ke atas Utusan Malaysia bagi menghalang akhbar tersebut terus menyiarkan artikel sama.

Beliau tidak menyatakan jumlah ganti rugi yang dituntut dalam saman tersebut.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu didakwa membuat kenyataan tersebut sewaktu menjadi panelis forum "Negara Islam: Versi yang Mana; Siapa Bertanggungjawab?" di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya pada 3 November lalu.

Berikutan itu, beliau kemudiannya dikecam beberapa pihak termasuk Sultan Sultan melahirkan rasa kesal.

6 comments:

  1. aikk..malaysiakini yang pertama mengeluarkan kenyataan tu tak disaman ke..peguam yang bertanya saolan didalam forum tu pun tak nak saman jugak..

    ReplyDelete
  2. nurul dah jadi no-rule. apalah kamu ni no-rule, ingatlah pepatah jawa, terlajak lori bolek undok, terlajak mulut badan binaso. nanti kamu lawanlah dengan zul nordin and the gang di rumah kamah. teman raso, peluang no-rule nak menang 0.1% je. kalau menang kayolah no-rule. kalau kalah muko nak taruk mano wahai no-rule. lain kali JANGAN jangan sentuh hal agamo kalau tak faham.....ada faham ka???

    ReplyDelete
  3. Si Nurul Izzah nie ramai yg, memberikan nasihat agar beliau bertaubat dan menarik balik statementnyabeberapa minggu lepas, tapi tak di endahkan. Bebal sungguh anak sulung anwar ibrahim dan wan azizah nie. Kita menasihati beliau agar selamat dunia dan akhirat disamping tidak menjadi agen mengelirukan masyarakat remaja dgn ideologi liberisma dan pluralisma, manun bagai mencurah air ke daun keladi, disaman pulak pihak yg menduplicate ape yg originally reported in malaysiakini. Kejujuran atau integrity nurul izzah is questionable. Bertaubatlah izzah sbb kami sesama muslim sayang pada muslim yg lain.

    ReplyDelete
  4. terbaekkk......jumpa d mahkamah noorule....jgn lupa pakai phamphess.......hehe

    ReplyDelete
  5. HARAP UTUSAN KELUARKAN SEMULA UNGKAPAN SI IZZA NI BIAR ORANG RAMAI TAHU TERMAUSK NIK AZIZ. JANGAN TAKUT, BIAR ORANG MELAYU GANYANG DIA CUKUP2.

    ReplyDelete
  6. bosannya nurul izzah niiii, sebenarnya dah bosan benar dengar citer keluarga ni, sepatutnya kita sumer lupakan je keluarga ni, selagi kita bercerita selagi tu mereka ni rasa popular, cer kita wat bodo je dgn dia org ni

    ReplyDelete