Minda Hijrah Headline Animator

Tuesday, November 20, 2012

Doa Politik: Nik Razi & Nik Aziz, Adik Beradik Dayus

Selepas masyarakat umum dikejutkan dengan doa politik kepartian oleh PAS yang mendoakan kehancuran saudara seagama, sama seperti firaun dan Namrud dihancurkan oleh Allah s.w.t, kini tukang canang doa itu, Nik Razi Nik Mat jadi tak senang duduk dibuatnya.

Tiba-tiba sahaja Nik Razi meminta orang ramai menghentikan polemik dan spekulasi isu doa politik yang dibacanya selepas solat Hajat di Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran PAS di Kota Bharu beberapa hari lepas.

Dalam kenyataannya kepada akhbar Sinar Harian, katanya, isu tersebut sudah sampai ke kemuncaknya dan tiada apa lagi yang perlu diperkatakan. Ringkas kata, Nik Razi tidak mahu isu itu terus diperbesarkan.

Menurutnya lagi, "sudah cukup apa yang dilaporkan oleh media mengenai bacaan doa terbabit dan saya mengakui saya membacanya tanpa dipengaruhi sesiapa pun."

Akhirnya selepas dengan sengaja mencuit kemarahan ramai, tersedar juga dari kebangangan sendiri. Tahu juga takut melihat reaksi spontan rakyat.

Dayus rupanya, tak berani nak menegakkan 'kebenaran' doa yang dia sendiri bacakan tanpa hikmah dan langsung tidak mempunyai ciri nur dakwah itu.

Atau sebenarnya wujud tekanan dari pihak atasan PAS yang tidak senang melihat isu doa politik itu semakin hari semakin mencalar imej PAS sebagai sebuah parti politik yang didakwa membawa panji-panji Islam?

Pun begitu jika membuat kenyataan yang bunyinya semacam mengalah itu diharapkan akan membuatkan khalayak umum melupakan isu ini, tentu sekali tidak.

Khalayak ramai tidak lupa, sudah acapkali PAS mempergunakan agama, solat hajat serta doa-doa tertentu untuk tujuan membangkitkan sentimen keagamaan umat Islam untuk kepentingan politik kepartian PAS.

Sebelum ini, PAS melalui Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat yang juga adalah abang kepada Nik Razi pernah menggunakan taktik tidak berhikmah ini dengan membacakan doa supaya dipecahkan perut Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Namun bila ia menyebabkan orang awam menjadi jelik dan meluat dengan gaya politik memperalatkan sentimen keagamaan itu dan kesannya semakin melebarkan jarak masyarakat umum dari PAS, akhirnya Nik Aziz dengan selambanya menafikannya. Dayus juga.

Dalam pada itu, disebalik kehangatan isu doa politik tiba-tiba pula Nik Aziz menafikan pernah menuduh UMNO telah murtad dari Islam. Katanya kepada Sinar Harian Online, berita yang menyebut beliau mendakwa UMNO telah murtad adalah fitnah rekaan sahaja.

Tabiat biasa Nik Aziz macam itulah, bila kenyataannya menjadi hangat dan mengundang kemarahan ramai, kalau dia tak putar belitkan jawapan pembelaannya untuk menegakkan benang basah, lain caranya dia akan tuduh media telah memfitnahnya.

Skrip sama sejak dulu hingga sekarang, tak pernah berubah. Malu hendak mengaku kesilapan hasil dari keegoaan sendiri. Sekarang penyakit menyalahkan orang lain di atas keceluparan mulut sendiri dah berjangkit pada adiknya.

Lengkaplah sudah kedua-dua manusia paling bongkak atas muka bumi ini sebagai adik beradik paling dayus, gemar mengata buruk pada orang lain tapi bila mendapat reaksi balas dan kecaman ramai, terus menggelupur sampai terbelit diri sendiri.

8 comments:

  1. Yg dayus adalah najib razak. Takut dgn bini. Bahalol punya umngok

    ReplyDelete
  2. apa punya sial anon 6:39 kat atas ni...manusia lidah biawak..jgn cuba lari drpd isunya ok...kau ni sebijik mcm n.ajis tua kutok tu...ckp punyalah berbelit2, yahudi pun tabik kat kau...bangang..

    ReplyDelete
  3. apa kena mengena kes ini dengan rosmah. bahlol kejadah anon 6:39. Otak taik punya orang.

    ReplyDelete
  4. anon 6.39 ore kanan mahagaru la tu dio tukang karut sama dgn nick ajis kerje sambilanye jual air penerang hati tok woli belit.

    ReplyDelete
  5. Anon 6.39 kempunan tak kena tibai lubang bontot oleh anuwar kot tu dia dok meroyan tak tentu pasal

    ReplyDelete
  6. anon 6:39 tu org kanan MAHARAGU. itu pasal la bengong, lari tajuk....

    ReplyDelete
  7. antara isi doa adalah umno zalim..

    songlap dan curi duit tabung anak yatim memali tu nak kira apa?

    aku cadang SPRM siasat perkara ini..Kalau bole ujud Suruhanjaya Diraja siasat bab nih..Jangan bila anda berserban,mencuri tak salah..!!!

    Perkara ni pon disahkan berlaku oleh DR.Maza dlm.entri terbaru abu aqif studio.

    gen2felda

    gen2felda

    ReplyDelete
  8. Sejak berkawan rapat dgn PKR yg lebih cenderung memilih yahudi soros utk menjahanamkan malaysia, PAS pun dah terikut ikut, sampai pakai doa utk hancurkan BN (kerajaan) & UMNO. Bila PM ajak PAS bincang utk menjadikan ummah kuat. Nik Aziz yg melenting tolak...skrg dia gak yg tuduh UMNO murtad, apasal tak tuduh PKR murtad, nurul izzah murtad sbb mengalakkan org melayu bebas memilih agama...bermakna di sini mmg ada unsur politik (didahulukan) dan bukan nya menyebarkan syariat islam spt yg di tuntut.

    ReplyDelete