Hanya sekadar mahu mendapatkan penjelasan, Datuk Seri Subahan Kamal (BN-Taman Templer) digantung persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor selama satu jam.
Menggunakan Peraturan Tetap 44(2), Speaker DUN, Datuk Teng Chang Khim mengarahkan Subahan keluar dewan kerana gagal mematuhi arahannya.
Arahan itu dibuat selepas Subahan mengeluarkan kenyataan mendakwa Speaker bersikap tidak adil ketika membenarkan wakil rakyat BN mencelah pada sesi perbahasan.
"Kalau tak faham (peraturan), jangan duduk dalam dewan," kata Teng.
Terdahulu, Subahan cuba mencelah ketika M. Manoharan (DAP-Kota Alam Shah) membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2013.
Kekecohan bermula apabila Manoharan enggan memberi laluan kepada Subahan yang ingin mendapatkan penjelasan berhubung isu kepentingan kaum India yang dibangkitkannya.
Tuesday, November 20, 2012
[Kezaliman Regim PKR & DAP Selangor] ADUN BN digantung sidang DUN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment