Minda Hijrah Headline Animator

Saturday, November 24, 2012

Doa kehancuran Umno-BN, jemaah Hulu Yam terkejut tindakan khatib

Jemaah yang menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Falah, Hulu Yam Bharu dekat sini terkejut apabila khatib menutup khutbah dengan doa meminta kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN) selepas mendoakan kesejahteraan Sultan Selangor.

Terdapat sebilangan jemaah menurunkan tangan untuk tidak mengaminkan doa tersebut dan ada juga yang mengambil keputusan keluar daripada masjid kerana berasa terganggu.

Seorang ahli kariah masjid berkenaan, Muhammad Shaiful Harun, 35, berkata, beliau antara jemaah yang terkejut dengan bacaan doa itu kerana tidak menyangka khatib yang merupakan imam kedua masjid itu sanggup mendoakan kehancuran sesama Islam.

"Dalam kekhusyukan mengaminkan doa akhir itu, tiba-tiba terkejut dengan doa yang menyebut kehancuran Umno dan BN.

"Saya segera menghidupkan telefon bimbit dan merakam sambungan doa itu hingga akhir kerana saya sifatkan doa ini menyimpang," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Hulu Yam Bharu di sini semalam.

Menurutnya, kerana mahukan penjelasan beliau menunggu khatib tersebut di depan masjid dan bertanyakan sama ada doa itu tercatat dalam teks khutbah Jumaat dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Namun, menurutnya ketika bersemuka dengan khatib tersebut beliau terus ditengking dan dikutuk dengan kata-kata kesat.

"Niat saya mahu bertanya dan ingin menegur kesilapan, tapi dengan segera beliau mencaci saya.

"Sambil mencaci, imam tersebut seperti cuba mencari sesuatu di celah-celah tembok pagar yang saya percaya untuk dijadikan senjata memukul saya," katanya.

Menurutnya yang juga Pengerusi Pemuda Umno Gugusan Hulu Yam Bharu, jemaah yang melihat tindakan khatib tersebut cuba meredakan keadaan namun segalanya hanya terlerai apabila seorang anggota polis tiba membantu.

Muhammad Shaiful menggesa pihak polis dan Jais menyiasat perkara itu dan memastikan tidak berulang.

Manakala, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Kampung Pasir, Rosli Sari lantas menurunkan tangan sebaik mendengar doa tersebut.

Beliau terpinga-pinga dan terkejut mendengar doa itu sambil berasakan kesal terhadap tindakan khatib tersebut.

"Saya terasa sangat dan terus menurunkan tangan. Sambil mendengar doa itu hingga akhir, saya masih tertanya-tanya mengapa khatib membaca doa seperti itu.

"Sebab saya tidak pernah mendengar doa sebegitu ketika solat. Kalau melihat doa disampaikan adik (Mursyidul Am Pas) Nik Abdul Aziz, hanya dalam berita di televisyen, tapi ini depan mata," katanya.

11 comments:

  1. letih laa PAS ni, patutnya mendoakan semua org muslim bersatu hati dan Islam addin tertegak di bumi Malaysia...kan itu doa yang cantik dan membolehkan melayu berlembut hati dan mungkin ujud ruang perdamaian, ni dia nak berkuasa sorang, tamak betul la PAS ni! jadi orang makin benci...:( org yang duduk atas pagar pun mula terjun sokong BN, walaupun tak sempurna, itu saja pilihan yang ada...

    ReplyDelete
  2. orang-orang PAS esp east coast, kurang2kanla makan and masak organ haiwan...otak boleh jadi benak tau...nges2, buang la budu dan tuak tu...banyakkan minum air kosong yang bersih..peace :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cadangan terbaik utk bersihkan penyakit buat hati mereka hihihihi

      Delete
  3. Apa jais boleh buat.amanahkah jais ni? siapa nama khatib tu.minta letak jawatan leeeee.....kerana pecahbelahkan ummah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puak ini.terus berani mengkafirkan dan memurtadkan musuh politik kerana tiada tindakan

      Delete
  4. PAS sudah hilang akal yop, sokongan rakyat sudar pudar kepada PAS, itu yang membuatkan ahli2 PAS sudah sakit ati, lalu bertindak macam orang hilang pedoman. Percayalah kalau parti ini kuat sokogan tentu mereka senyap dan bergembira.....

    ReplyDelete
  5. PAS. dikendong berciciran yang dikejar tak dapat, ati sakit yop, lagi dipropaganda lagi rakyat meluat dan menjauhi PAS, hati panas yop, lalu disalahkan UMNO, UMNO jadi kambing hitam yop. Sedangkan UMNO siang malam berusaha membangunkan negara dan memakmurkan rakyat, bila sudah kalah dalam perang psikologi PAS main kotor pulak....macam budak2 bila kalah mulalah maki hamun lawan..tu saja yang mampu janji ati puas yop.....

    ReplyDelete
  6. Patutnya lepas abis dia khatib tu berdoa lempang ajerr dia... Baru dia tau langit tinggi rendah..... Hampehhh

    ReplyDelete
  7. hahaha...percaye plak aku cite korang ni...dasar pencacai

    ReplyDelete
  8. Pencacai pas.. Kehancuran ummah dihadapankan kesatuan ummah dibelakangkan

    ReplyDelete