Minda Hijrah Headline Animator

Sunday, November 18, 2012

DAP Tidak Pernah Bersetuju Hudud - Karpal Singh

Pengerui DAP Karpal Singh mendakwa kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib bersabit persetujuan gabungan Pakatan Rakyat untuk melaksanakan hudud jika berjaya membentuk kerajaan sebagai terpesong.
 
Beliau bagaimanapun sekali lagi menegaskan bahawa parti itu tidak pernah bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud di negara ini sambil menyifatkan pendirian DAP itu tidak boleh dikaitkan dengan sebarang kompromi dan ia adalah dasar kepada kewujudan parti itu.
 
"Kenyataan Harun adalah nakal dan jauh menyimpang dari kebenaran," katanya dalam satu kenyataan.
 
Beliau turut membidas Harun yang berkata PAS telah menjelaskan pandangannya dengan DAP beberapa kali apabila kedua-dua parti duduk bertukar pendapat.
 
"Sudah tentu saya sentiasa tidak bersetuju dan telah memberi sebab secara terbuka dengan berkata demikian berdasarkan peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan interpretasi peruntukan-peruntukan tersebut oleh mahkamah tertinggi di negara ini," katanya.
 
Dalam perkembangan sama, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu dan DAP sebelum ini telah "bersetuju untuk tidak bersetuju" mengenai hudud.
 
Katanya isu tersebut telah "selesai" memandangkan ianya telah dibincangkan dalam mesyuarat majlis kepimpinan di Kelantan dan Terengganu.
 
Harun pada Muktamar PAS Khamis lalu berkata Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk melaksanakan hudud jika berjaya mentadbir Putrajaya, menambah tentangan Karpal mengenai cadangan itu disebabkan kegagalan beliau untuk hadir dalam majlis dialog bersama PAS. 

2 comments:

  1. Macam mana lah orang nak respect kat Ulamak Pas,,,,Ulamak pun kaki temberang...apa hukumnya orang kaki temberang aka penipu...

    ReplyDelete
  2. hahaha...
    bro, gua kesian plak kt ular dalam semak bodo dalam parti ajaran sesat...
    baru jer bukak mulut pasal hudud dah kena blowjob ngn karpala sinki nie..
    lepas nie sure diam terkencing2 ularmak bodo parti ajaran sesat sbb takut..
    hahaha...
    bodo nye la golongan " ularrmak bodo" dalam parti ajaran sesat..
    cakap lebar-lebur macam berani, tapi lebih penakut dari pondan..
    lebih balaci dari anjing kurap..
    hahaha..
    oii neek najiees, mu x mo kuar fatwa bahalol ker?

    ReplyDelete