Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, November 21, 2012

[Apa Lagi Putarbelit Rajagopal?] Persahabatan: Malaysia, Bangladesh seri 1-1

KEUPAYAAN skuad bola sepak kebangsaan untuk mempertahankan Piala AFF Suzuki yang akan bermula Sabtu ini, terus menjadi
persoalan kepada penyokong apabila sekadar seri 1-1 dengan Bangladesh pada perlawanan persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Ini adalah kali kedua skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal itu mencatat keputusan seri bulan ini. Pada 14 Nov lepas Harimau Malaya seri 1-1 dengan Hong Kong ketika bertemu di Stadium Shah Alam.

Pada perlawanan malam ini, Harimau Malaya memulakan asakan ke kubu pasukan ke-171 dunia itu sebaik wisel permainan ditiup pengadil Nagor Noor Amir Noor Mohamed.

Hasilnya mereka mendahului pada minit ke-21 menerusi tandukan kencang Mohd Khyrill Muhymeen Zambri yang menerima sepakan sudut daripada ketua pasukan Safiq Rahim.

Bersambung babak kedua, Rajagobal membuat beberapa pertukaran termasuk menggantikan Mohd Safee Mohd Sali dan Norshahrul Idlan Talaha dengan Mohamad Zaquan Abdul Radzak dan Baddrol Bakhtiar bagi mempertajamkan barisan serangan, namun gagal mencari gol tambahan.

Bangladesh di bawah bimbingan jurulatih A.K.M Saiful Bari Titu yang sekali-sekala melakukan asakan mengejutkan tuan rumah dengan gol penyamaan pada minit ke-82 hasil sepakan penalti yang disempurnakan Md Jahid Hasan Ameli.

Sepakan itu diberi pengadil selepas pemain Bangladesh, Mithun Chowdhry dijatuhkan oleh pemain pertahanan negara, Irwan Fadzli Idrus di dalam
kotak penalti.

Skuad Harimau Malaya yang diundi dalam Kumpulan B pada edisi Piala AFF Suzuki kali ini bakal menentang Singapura pada 25 Nov ini, berdepan Laos pada 28 November sebelum menamatkan aksi kumpulan dengan menentang naib juara edisi lepas iaitu Indonesia pada 1 Disember ini.

Kesemua perlawanan akan berlangsung di stadium yang sama.    
    
Barisan pemain:
MALAYSIA: Mohd Farizal Marlias, Mohd Bunyamin Umar, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak, Muhammad Zubir Mohd Azmi (Irwan Fadzli Idrus), Mohamad Fadhli Mohd Shas, Safiq Rahim (kapten) (Mohd Shakir Saari), Amar Rohidan, S. Kunalan (Ahmad Hazwan Bakri), Mohd Khyrill Muhymeen Zambri, Norshahrul Idlan Talaha (Baddrol Bakhtiar), Mohd Safee Mohd Sali (Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak).

BANGLADESH: Mamun Khan, Sujan (kapten), Pranotosh Kumer Das, Md Mamun Miah, Shakil Ahmed (Abdul Baten Mojumder Komal), Md Jahid Hasan Ameli (Md Razau Karim), Md Mamunul Islam Mamun, Md Zahid Hossain (Mithun Chowdhry), Atikur Rahaman Meshu, Mohammad Nasir Uddin Chowhur, Md Waly Faisal. - Bernama

7 comments:

  1. Kalau jumpa ular dengan rajagopal, siapa kita patut sebat dulu?

    ReplyDelete
  2. Aku dah cakap pecat rajagopal tu ganti kim siwee .........ooopsss jgn komen nanti kena gantung...21/2 tahun

    ReplyDelete
  3. Sekiranya Malaysia gagal pertahan AFF, FAM perlu menggantikan Rajagobal dengan Ong Kim Swee

    ReplyDelete
  4. Saya tahu pemain saya.....poodahh! Cukup la lu punya autar gobal! Sekarang kita dengar pula apa komen FAM, silakan penjilat penjilat FAM. Kami sedia mendengar autar dan komen kartun dari FAM! Shame on you Gobal!!! Boooooo!! Poodahhh... Piiirahhhh!!! Autar no.1.!

    ReplyDelete
  5. FAM yg perlu tukar...

    ReplyDelete
  6. berlatih hari-hari..tapi main macam budak sekolah...hampeh..

    ReplyDelete
  7. Faizal Marlias tu yg kena tukar penakut pegang bola pn terlepas himul

    ReplyDelete