Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, October 24, 2012

Tun M : Nik Aziz Mungkir Janji Jika Bertanding Lagi PRU 13

mStar Online - Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang sebagai mungkir janji.

Beliau berkata rakyat seharusnya tidak memilih pemimpin yang mempunyai sifat tersebut dalam pemerintahan negara.

"Saya fikir rakyat Malaysia patut ambil perhatian kepada orang yang pernah berjanji selepas itu mungkir janji.

"Kalau orang macam ini jadi pemimpin negara, dia akan mungkir janji sepanjang masa," katanya.

Terdahulu, Nik Aziz pernah membuat kenyataan secara terbuka tidak mahu bertanding lagi di mana-mana kawasan parlimen.

Sebaliknya, melalui temubual eksklusif bersama portal berita AntaraPos.com, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan membayangkan untuk bertanding semula pada pilihan raya umum akan datang kerana disyorkan berbuat demikian oleh PAS.

Beliau turun menyatakan akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka jika dikehendaki pucuk pimpinan parti.

2 comments:

  1. apa sibuk org nk tanding ke tidak.takut sgt pengaruh Nik Aziz itu je sbnarnya.konon bila tgna tak takding umno pas blh gabung...sorry la kalau pas duk srg pun dah cukup kerusi utk memerintah.baik duk diam2 dr M.lps pru 13 tggulah mana nak duduk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tua kutuk nik ajis nak mati dlm jawatan ke. Perangai mcm firaun sbb gila kuasa

      Delete