Minda Hijrah Headline Animator

Monday, October 29, 2012

[Terkini] Aziz Bari Bertanding di Parlimen Sabak Bernam

Pakar Perlembagaan Profesor Dr Abdul Aziz Bari mengesahkan akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mewakili Pakatan Rakyat atas tiket PKR di kerusi parlimen Sabak Bernam.


Bagaimanapun bekas pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini berkata walaupun masih belum secara rasmi namun beliau telah turun menemui pengundi di kawasan majoriit Melayu itu.

Jelas Abdul Aziz kepada Antarapos melalui emel, kawasan Sabak Bernam merupakan tempat kelahiran beliau.

"Benar saya akan bertanding, saya sekarang adalah ahli politik sepenuh masa. Saya telah ditunjuk untuk mewakili PKR di kawasan parlimen Sabak Bernam.

"Walaupun itu belum rasmi, saya telah turun ke kawasan yang secara kebetulan adalah kampung halaman saya," ujarnya.

Parlimen Sabak Bernam mempunyai empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Sungai Air Tawar, Sabak, Sungai Panjang dan Sekinchan.

Tiga daripada empat kerusi DUN tersebut disandang wakil rakyat Barisan Nasional (BN), Datuk Raja Ideris @ Raja Idris Raja Ahmad (Sungai Air Tawar) dan Datuk Warno Dogol (Sabak) dan Dr Mohamad Khir Toyo (Sungai Panjang) - masing-masing menewaskan calon PAS pada pilihan raya umum yang lalu.

Manakala kerusi DUN Sekinchan dipegang ahli DAP, Ng Sue Lim.

Dalam pilihan raya umum ke-11 pada 2004, calon PKR Badrul Amin Bahron tewas kepada Mat Yasir Ikhsan dari Umno di Parlimen Sabak Bernam dengan perbezaan 5,348 undi.

Badrul Amin meraih 8,478 undi dari jumlah 30,862 orang pengundi, sementara Mat Yasir memenangi 13,826 undi.

Bagaimanapun, undi majoriti dikurangkan sehingga 1,335 undi dalam pilihan raya umum pada 8 Mac 2008, Datuk Abdul Rahman Bakri dari Umno menang dengan 12,055 undi berbanding Badrul Amin yang mendapat 10,720 undi.

Daripada jumlah 31,381 orang pengundi, 81.25 peratus adalah Melayu, 13.61 peratus adalah Cina, 5.12 peratus adalah India dan 0.02 peratus lain-lain.

Abdul Aziz pernah mencetus kontroversi apabila mengulas tindakan Sultan Selangor bersabit  pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas bangunan milik Gereja Methodist di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.

Beliau yang sering muncul di pentas pembangkang digantung tugas sebagai pensyarah sebelum  mengambil keputusan untuk meletak jawatan.

Abdul Aziz berkata persekitaran kampus dan keadaan politik semasa mengekang beliau untuk sebagai pensyarah dalam memberikan pandangan secara bebas dan berilmiah mengenai isu-isu penting.Komen Anda »

6 comments:

  1. Selamat Datang Aziz bari....alamat angkat bungkuss ko !! kami dah serik dgn PKR.

    -BEKAS PEMUDA PKR SABAK BERNAM-

    ReplyDelete
  2. Prof kangkung yang mengesahkan dirinya sebagai barua anwar al juburi

    ReplyDelete
  3. Prof Kangkung ni pakar perlembagaan ke?? Undang-undang Tubuh Negeri Perak pun boleh salah tafsir, sultan takde kuasa pecat MB???...aduh, bodohnye prof kangkung ni...

    ReplyDelete
  4. Oleh kerana Dr. Aziz Bari sudahpun meletakkan jawatannya dari UIA, maka gelaran Prof. seharusnya tidak diletakkan di pangkal nama beliau, cukuplah dengan Dr. Aziz Bari sahaja.

    ReplyDelete
  5. diberi kepercayaan untuk mendidik anak-anak melayu di universiti untuk unggul dalam pelajaran tapi memilih untuk menyertai pembangkang untuk menaburkan lebih banyak fitnah dan maki hamun. sayang sekali, Allah memberi akal fikiran yg baik, tapi digunakan pada tempat yang salah.

    ReplyDelete
  6. Mcm lah korang yg bijak pandai tp sebenarnya lembu kak jat lebih cerdik dr korang.

    ReplyDelete