Minda Hijrah Headline Animator

Monday, October 29, 2012

[Rakyat BANTAH tapi ...] Anwar Mahu Projek Kondo Batu Caves Diteruskan

AIDC - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu projek Kondominium Dolomite Park Avenue di Batu Caves diteruskan meskipun mendapat bantahan masyarakat India kerana terletak di sebelah kuil Sri Maha Mahamariamman yang dikatakan bakal memberi ancaman kepada alam semulajadi bukit tersebut.

Anwar seperti dilaporkan Antarapos berkata jika projek pembinaan kondominium 29 tingkat itu dihentikan ia pasti akan menguntungkan Barisan Nasional (BN).

"Jika kita batalkan dan kena saman, siapa akan bayar? Negeri. Siapa kumpul duit? Umno, Barisan Nasional dan MIC. Siapa bayar? Kita bayar. Ini kerja orang bodoh.

"Bila mereka (BN) berkuasa, mereka macam raja, semua boleh. Bangunan 29 tingkat dekat kuil. Tapi sekarang mereka tiada kuasa, Khalid (Menteri Besar) dipersalahkan," kata Anwar ketika berucap dari siri Jelajah Merdeka Rakyat di Kuala Lumpur, hari ini.

Meskipun Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu sebelum ini mendakwa projek itu dirancang sejak tahun 2007, ketika zaman BN, namun kerajaan negeri Pakatan Rakyat berhak untuk membatalkan projek tersebut.

1 comment:

  1. anwar dah tahu Parti Keadilan akan kalah banyak kerusi jadi inilah masa dia nak buat duit dari projek Kerajaan Negeri. Duit sapu dulu, itu bangunan kalau PR kalah mahu naik ke, tak dapat naik ke ade dia kisah.

    ReplyDelete