Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, October 4, 2012

PAS Bengang Kenyataan-Kenyataan 'SYOK SENDIRI' Pimpinan PKR

Kenyataan Setiausaha Agung PAS memperlihatkan betapa 'berbulu'nya PAS dengan kenyataan-kenyataan 'Syok Sendiri' pimpinan PKR sejak seminggu dua ini walaupon angan-angan menawan Putrajaya menjelang PRU13 sudah menjadi igauan Pakatan Pembangkang.
 
Manakan tidak apabila PKR adalah sebuah parti serpihan UMNO yang bertuah bertanding dikawasan selamat berbanding dengan PAS yang dikerahkan bertanding dikawasan HITAM sedangkan PAS telah lama wujud dan berjuang sebagai parti Pembangkang. Tambahan pula, impian mahu meletakkan 20 pemimpin PKR dalam barisan Kabinet jika dapat membentuk kerajaan nanti boleh dianggap 'gila kuasa'.
 
Sebelum ini, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan sendiri menyatakan impian PKR itu umpama 'mimpi disiang hari'. Mungkin baru sekarang PAS & DAP sedar betapa kemaruknya pimpinan PKR untuk berkuasa dalam Pakatan Pembangkang.
 
Hati-hati dengan permainan politik kotor PKR terutamanya apabila pembahagian kerusi dalam PRU 13. Jika tidak, PAS akan terus ketinggalan dan kekal sebagai balaci PKR.
 
 

Pas mahu PKR elak buat kenyataan peribadi

 

Pas memberikan ingatan kepada rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat (PR) agar jangan membuat kenyataan peribadi yang boleh dianggap pendirian bersama perikatan tersebut.

 

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali berkata, kenyataan bersifat pribadi perlu dielakkan supaya tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.

 

Beliau merujuk kepada dua kenyataan pemimpin PKR sebelum ini yang bagi beliau tidak pernah dibincangkan di kalangan pimpinan tertinggi PR.

 

"Kenyataan pertama yang dibuat oleh Ketua Penerangan PKR Selangor sebelum ini, Shuhaimi Shafiei yang berkata, 20 pemimpin PKR akan menyertai Kabinet.

 

"Yang kedua hari ini, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dilaporkan media sebagai berkata, seolah-olah Selangor akan mendapat MB baru.

 

"Ini juga tidak pernah kita bincangkan dan bakal memberikan implikasi negatif," kata Mustafa dipetik Harakahdaily hari ini.

 

Beliau yang kelihatan kesal dengan kenyataan seumpama itu kerana ia bakal memberi implikasi negatif kepada rakan-rakan dalam Pakatan kerana semua keputusan sebegini perlu dibuat bersama.

 

Azmin dipetik Sinar Harian berkata, Selangor mungkin kehilangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

 

Keputusan berkenaan, kemungkinan besar dibuat oleh gabungan DAP, Pas dan PKR atas kewibawaan dan kepakaran yang ditunjukkan Abdul Khalid menjadi ketua pentadbir negeri selama sepenggal ini.

 

Azmin berkata, keupayaan dan kejayaan beliau memimpin Selangor sehingga menyumbang 23 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga antara faktor yang menjadi pertimbangan mereka.

 

Katanya, perbincangaqn peringkat PR ada ke arah itu, bagaimanapun masih belum diputuskan.

 

Sumber: Sinar Harian

 
 

No comments:

Post a Comment