Minda Hijrah Headline Animator

Thursday, October 4, 2012

Bila Ketua Ghairah Nak Jadi PM, Anak Buah Pula Meroyan Jawatan Kabinet

Jika Ketua Umumnya tak sudah-sudah berangan untuk menjadi Perdana Menteri, tak peliklah pimpinan yang lain pun akan turut mengidam jawatan kabinet kerana masing-masing pun ada nafsu mahukan kuasa.

 

Namun apa pun perkara tersebut menggambarkan kepada rakyat Malaysia bahawa pakatan pembangkang ini umpama 'pasembur dan rojak' selain memperlihatkan kebudak-budakan kerana seolah-olah tidak tahu menghormati rakan komponen lain, kata bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd Fairus Khairudin.

 

Fairus merujuk kepada tindakan PKR menyenaraikan 20 pemimpin kanan parti itu yang bakal mengisi jawatan menteri dan timbalan menteri sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.

 

Menurut beliau lagi timbul satu persoalan apakah wujudnya perasaan saling curiga serta mencurigai dan tikam-menikam antara satu sama lain di dalam komponen pakatan pembangkang.

 

"Episod ini sebenarnya jika diperhalusi secara mendalam seolah-olahnya ada kebenaran dan elemen sedemikian rupa tidak boleh dipertikaikan. Mana mungkin perjuangan yang tidak sama boleh tidur satu bantal dengan mimpi yang sama.

 

"Bagi saya bantal yang dikongsi bersama itu telah lapuk serta usang dan  mimpinya pula tentulah berlainan. Yang seorang tentunya bermimpi untuk jadi Perdana Menteri dan yang lain pula tentulah mimpinya lain.. Maklumlah dah perjuangannya tak sama.. takkan mimpi boleh sama," katanya kepada UMNO-Online.

 

Beliau mengulas tindakan PKR yang dilihat seperti mendahului pakatan pembangkang apabila menyenaraikan 20 pemimpin kanan parti itu untuk mengisi jawatan menteri dan timbalan menteri sekiranya berjaya memenangi pilihan raya umum akan datang seperti yang dilaporkan akhbar baru-baru ini.

 

Mengulas lebih lanjut Fairus seterusnya menambah senario tersebut membuktikan kepimpinan pucuk atasan PKR tidak dihormati dan disegani oleh pimpinan di bawah.

 

"Mana mungkin perkara itu berlaku dan tidak akan keluar kenyataan bersifat peribadi atau sebaliknya jika pucuk pimpinan dihormati. Kalau banyak sangat keluar kenyataan berbentuk peribadi, itu petandanya kepimpinan atasan bukan lagi disegani.

 

"Keadaan ini berlaku kerana bagi ahli mahu pun pimpinan PKR melihat pucuk pimpinan mereka umpama  ayam kokok berderai-derai tetapi ekornya penuh berselaput  dengan tahi," katanya.

 

Sumber: http://www.umno-online.my/?p=69118

 

1 comment: