Minda Hijrah Headline Animator

Monday, October 22, 2012

Nik Aziz : Parti Mahu Saya Bertanding PRU13

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sudah membayangkan bakal bertanding semula dalam Pilihanraya Umum ke-13 kerana disyorkan oleh partinya.

"Saya tak pernah sebut nak bertanding (pada PRU13) tapi Setiausaha Agung buat kenyataan dah…Nik Aziz wajib bertanding.

"Bila parti suruh bertanding dan saya boleh bertanding…kena bertandinglah," katanya dalam temubual bersama Antarapos.

Nik Aziz memulakan karier politik pada tahun 1967 bertanding di kawasan Kelantan Hilir yang kemudiannya dikenali sebagai Parlimen Pengkalan Chepa.

Pada tahun 1990, apabila PAS berjaya mengambil alih kerajaan Kelantan daripada Barisan Nasional, beliau telah dilantik menjadi MB.

Beliau berjaya mengekalkan jawatan MB selama 4 penggal berturut-turut, iaitu kira-kira 20 tahun.

Jika masih bertanding di DUN Chempaka dalam PRU 13 ini, Nik Aziz yang kini sudah mencecah umur 81 tahun, dijangka akan dipilih sekali lagi mengekalkan jawatan MB bagi tempoh lima tahun lagi untuk penggal yang ke-5.

rockyKCD - Kah! Kah! Kah! Meleleh airmata membaca kenyataan lawak Nik Aziz. Dah ada ADUN PAS sendiri suruh orang lama letak jawatan pon Nik Aziz buat bodo jer.

Dia sedar ke tidak yang ramai pemimpin PAS yang tengah tunggu Nik Aziz lepas jawatan cuma tak berani nak luahkan. Takut kene pancung macam Ustaz Nasha.

Dulu bukan main ligat orang tua nie suruh Tun Mahathir letak jawatan tapi dah 10 tahun Tun Mahathir pencen, dia tetap gila kuasa lagi. Dh macam Firaun la!!!

Cukup la sudah Nik Aziz. Gerombolan pengampu & pencacai kamu sahaja nak kamu kekal untuk mereka kekalkan kuasa. Jangan beri alasan parti mahu kamu bertanding. Itu semua pembohongan!

4 comments:

  1. Baca tajuk pun dah nak tergelak. Tua kutuk ni elok bertanding raja lawak je.

    ReplyDelete
  2. Firaun zaman moden.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia dulu suruh tun mahathir pencen tapi dia masih tak pencen

      Delete