Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, October 31, 2012

Kelab Chedet - AES sebagai satu sistem untuk kebaikan masyarakat


1. Saya agak hairan apabila terbaca tulisan-tulisan yang menentang sistem AES. Saya tertanya-tanya, adakah mereka memahami sistem AES ini ? atau mereka tidak langsung meluangkan masa untuk berfikir ?

2. Sistem AES ini seperti yang pernah dituliskan sebelum ini adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat. Ianya bertujuan supaya pemandu memperlahankan kenderaan dan juga tidak melanggar lampu isyarat. Objektifnya mudah iaitu supaya pemandu mematuhi peraturan terutama yang berkaitan dengan hadlaju dan lampu isyarat.

3. Sistem ini bukan bertujuan untuk menyaman atau mengutip duit. Ini hanya helah pembangkang yang lumrahnya suka menabut fitnah dan memanipulasi.

4. Sekiranya ianya bertujuan untuk mengutip duit, maka lebih baik  suruh polis menyorok di bawah jambatan dan rakam hadlaju. Nescaya dalam masa yang singkat berpuluh-puluh juta boleh dikutip.

5. Oleh kerana ianya bertujuan supaya pemandu memperlahankan kenderaan lah menyebabkan, lokasi kamera ini diwarwarkan siap dengan koordinat sekali. Kameranya juga jelas terpampang dan papantanda amaran juga diletakkan. Malah, sistem pengesan seperti menggunakan GPS navigator untuk memberi amaran pun boleh digunakan. Kalau pasal nak kutip duit, takkan diberitahu sedemikian rupa. Cuba gunakan akal tu sikit.

6. Sistem AES ni bukannya baru. Dah lama diamalkan di negara-negara maju dan ianya jelas terbukti boleh mengurangkan kadar kemalangan dan kematian.

7. Di UK misalnya, ada lebih dari 6,000 kamera seperti AES. Kamera-kamera ini dipasang di lebuhraya yang mempunyai had kelajuan 70mph dan 60mph, di jalan-jalan yang mempunyai kelajuan 40mph malah di jalan yang mempunyai kelajuan 30mph pun dipasang. Di Malaysia, baru pasang di 14 tempat dah ada yang bising. Kalaulah dipasang di kawasan 40 km/h, mungkin berlaku rusuhan. Ish, memalukan sungguh melihat mentaliti masyarakat di Malaysia.

 8. Ada yang mempersoalkan kenapa hadlaju dilebuhraya hanya 90km/j ?  Di Malaysia, hadlaju lebuhraya secara umum adalah 110km/j. Tetapi dilebuhraya yang menghampiri pusat bandar, hadlajunya adalah 90km/j dan dalam kawasan yg lebih hampir ke pusat bandar, hadlajunya adalah 80km/j. Perubahan hadlaju ini sepatutnya mudah difahami, kerana semakin hampir dengan pusat bandar, bilangan kenderaan akan bertambah, bilangan susur keluar juga mungkin bertambah oleh itu pemanduan perlu lebih perlahan dan berhati-hati.

9. Di UK juga mempunyai sistem yang sama. hadlaju lebuhraya secara umum adalah 70mph (~ 110 km/j). Bagi kawasan yang hampir ke pusat bandar (london contohnya), hadlajunya adalah 60mph (~90 kkm/j) dan bagi kawasan yang lebih hampir ke pusat bandar, hadlajunya adalah 40mph(60 km/j). Bagi kawasan yang hampir dengan perumahan,sekolah,hospital, hadlajunya adalah 30mph (~45 km/j).

10. Ada yang bising kerana kamera ini dipasang di lebuhraya. Mereka ini tidak tahu bahawa kamera ini dipasang dikawasan `hotspot' untuk kemalangan jalan raya. Sebab itulah, kamera ini dipasang di jalan bandaran lebih banyak dari lebuhraya.  Dari 14 kamera yang telah dipasang, hanya 4 dipasang di lebuhraya dan dari 561 kamera hadlaju yang akan dipasang kelak, hanya 63 ataupun 11% yang dipasang di lebuhraya. Sebahagian besarnya dipasang di jalan bandaran atau jalan biasa. Ini membuktikan sekali lagi, sistem ini bertujuan untuk mendidik supaya kemalangan dapat dikurangkan.

10.Undang-undang jalan raya yang dibuat perlu dipatuhi. Walaupun pada pukul 3.00 pagi dan lampu isyarat berwarna merah dan tidak ada kenderaan lain, kita masih perlu menunggu sehingga lampu bertukar hijau untuk berjalan. Tidak adak sebarang pelepasan untuk melanggar undang-undang. Disinilah sekali lagi kita boleh lihat betapa tingginya sikap pemandu di UK (sbg contoh). Mereka tidak akan melanggar undang-undang walaupun terpaksa berhenti di lampu isyarat pada jam 3.00 pagi.

11. Memang benar, akan ada dikalangan masyarakat yang hanya memperlahankan kenderaan dikawasan berkamera sahaja dan kemudianya memecut semula. Ini tidak apa, kerana sekurang-kurangnya, dia telah memperlahankan kenderaan terutama di kawasan-kawasan hotspot. Untuk memperlahankan kenderaan supaya tidak melebihi hadlaju yang ditetapkan, mereka tidak boleh memandu terlalu laju, kalau tidak tak sempat. Oleh itu, ini juga mendidik masyarakat agar tidak memandu terlalu laju. Apabila sikap ini berulangkali dilakukan, maka lama kelamaan ianya akan menjadi satu rutin harian.

12. Walau dalam hanya beberapa hari sistem AES ini dilaksanakan, kita sudah boleh melihat perubahan sikap pemandu. Kita dah boleh lihat, kenderaan memperlahankan kenderaan dikawasan kamera sehingga tidak ada yang mahu menggunakan lorong laju. Kita boleh lihat bagaimana semua kenderaan memandu dengan penuh berhemah di kawasan berkamer. Masyarakat juga semakin peka dengan papantanda hadlaju. Kalau sebelum ini, mungkin ada yang tidak tahu dengan hadlaju 90km/h, tapi kini dah tahu dan dah boleh peka dan ambil tahu mengenai hadlaju sesuatu kawasan.

13. Perubahan yang positif ini dapat dilihat hanya selepas beberapa hari perlaksanaan sistem ini. Lama-kelamaan mungkin nak nampak kamera ini mengeluarkan flash pun susah sebab semua pihak memandu dengan berhati-hati. Bukankah ini satu perkembangan yang baik?

 14. Harapnya sistem ini dapat diperluaskan kepada kesalahn-kesalahan yang lain seperti memandu di lorong kecemasan, memotong dikawasan garisan berkembar, membuat pusingan U dikawasan yang tak boleh dan lain-lain. Supaya, satu hari nanti, masyarakat di Malaysia akan terkenal sebagai pemandu yang berhemah dan berbudi pekerti tinggi.

15. Harapnya, janganlah ada mereka-mereka yang menentang perkara yang membawa kebaikan ini. Kalau pembangkang yang menentang, itu adalah perkara biasa kerana mereka memang tak mahu berfikir dan mereka tiada kerja selain daripada membangkang sahaja apa yang dibuat oleh kerajaan walaupun perkara yang baik. Tapi, kini ada juga mereka dari penyokong kerajaan yang turut sama tidak mahu berfikir dan menentang perkara yang baik ini. janganlah terikut-ikut dengan sikap pembangkang.

16. Sistem ini bertujuan baik. Ianya boleh mendidik sikap pemandu di Malaysia. Ianya boleh mengurangkan kemalangan dan kematian. Ianya menggalakkan masyarakat supaya mematuhi peraturan. Kenapa masih ada yang tak suka dengan kebaikan-kebaikan ini ? Kemanakah hilangnya nilai masyarakat yang mahukan kebaikan ?

17. Susah rupanya untuk mengubah mentaliti masyarakat di Malaysia. Mungkin sebab inilah Tun Dr. Mahathir berkatan "perjuangan belum selesai". Perjuangan ini mungkin bermaksud perjuangan untuk mengubah mentaliti masyarakat.

Penulis adalah Exco Kelab Chedet Malaysia
sumber - http://chewal.blogspot.com/2012/10/aes-sebagai-satu-sistem-untuk-kebaikan.html

8 comments:

  1. banyak sebenarnya kebaikan AES. Cuma implementasi nya tak kena pada waktunya termasuk awareness kepada rakyat. mungkin menteri jenis pemalas

    ReplyDelete
  2. Satu lagi projek KRONI Barisan Nasional. Hisap darah rakyat dengan umpan BR1M

    ReplyDelete
  3. Hampir 64 ribu saman pada hari pertama. Kenyang makan komisyen kalau bertahun-tahun dapat kontrak. 1 SAMAN AES 1 UNDI PAKATAN RAKYAT

    ReplyDelete
  4. mantaliti orang bawahan mmg mcm nih.. terlalu banyak keburukan dapat d'lihat dari kebaikan.. kerana ape.. kerana korang akan mencari kesalah sesuatu utk kepentingan peribadi..

    ReplyDelete
  5. biasanya orng takut tu orng yang sering melakukan keasalahan...

    ReplyDelete
  6. apela.. lg bagus aes nie.. da konfirm tau bile nk slow.. xde la tiap kali lalu bawah flyover je nk slow..

    ReplyDelete
  7. kalau dah mata lalat... pergi mana pun, cari....?

    ReplyDelete
  8. Bkn ke bagus jika tiket tol ada insuran nyawa kematian atau kemalangan dgn hasil saman AeS











    ReplyDelete