Minda Hijrah Headline Animator

Sunday, September 9, 2012

TERKINI: PKR nafi pengawal peribadi Anwar acu pistol

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menafikan salah seorang pengawal peribadi Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengacukan pistolnya ke arah orang ramai ketika insiden menghalang bas PKR Jelajah Merdeka Rakyat di Jasin, Melaka semalam.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, pengawal yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan Anwar tidak mengacukan senjata tersebut ke arah orang ramai sebagaimana dilaporkan beberapa media hari ini.

"Pengawal yang ditugaskan tidak mengacu senjata api terhadap orang ramai.

"Sebaliknya, apa yang dilakukan adalah mengeluarkan senjata api dan menghalakan muncung pistol  ke tanah, di bawah paras pinggang," kata beliau yang juga Ketua PKR Jasin.

Tambah beliau, tindakan yang dilakukan oleh pengawal terbabit mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP), yang akan dilakukan oleh mana-mana pengawal keselamatan untuk memberi amaran kepada orang ramai supaya beredar dan tiada gangguan ke atas pihak yang dijaganya, dalam kes ini Anwar.

"Apa yang saya dengar daripada pengawal terbabit, dia berkata kepada semua orang ramai untuk bersurai dan jangan ada yang menggangu," tambah beliau.

Sebaik sahaja kejadian terbabit, beberapa anggota polis yang berpakaian preman menyerbu ke arah pengawal terbabit dan merampas senjata itu daripada lelaki tersebut, ujar Shamsul Iskandar.

Tambah beliau, satu laporan polis akan dibuat mengenai perkara tersebut hari ini.

Sinar Harian Online difahamkan pengawal keselamatan telah diambil keterangan semalam dan dilepaskan malam tadi.

Laporan media hari ini menyebut polis menahan lelaki yang ditugaskan untuk mengawal Anwar selepas mengacukan senjata api ke arah orang ramai  di Kampung Baru Rim, Jasin petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.15 petang, lelaki berusia 37 tahun, yang  menaiki Toyota Camry, dipercayai berang dan keluar dari kenderaan sebelum mengacukan pistol selepas sekumpulan lelaki cuba menghalang bas dinaiki Anwar ke satu majlis di kampung tersebut.

Siasatan polis menunjukkan senjata api itu milik syarikat keselamatan dan pegawai terbabit dibenarkan membawanya ketika bertugas.

Sumber: Sinar Harian Online

5 comments:

  1. NAK TANYA SHAMSYUL ISKANDAR KALAU WAKTU PERHIMPUNAN BERSIH BILA PENGHADANG DIREMPUH ....POLIS KELUARKAN PISTOL DAN HALAKAN KETANAH APA DIA AKAN KATA....TENTUNYA POLIS AKAN DITUDUH MACAM2.

    ReplyDelete
  2. Kena tanya Shamsul iskandar juga pasal anwar keluar 'pistol' balun china doll pon kena siasat!

    ReplyDelete
  3. kepala bapak anon2 kat atas,

    Baca sebab terbaik dari amenooooooworldddd!! wakakakaka

    http://amenoworld.blogspot.com/2012/09/video-pengawal-peribadi-dsai-acu-pistol.html

    ReplyDelete
  4. ANON 7.41PM LU ANAK YATIM TAK ADA BAPAK KE.BAHASA ANDA MENCERMINKAN PERIBADI ANDA.ACU PISTOL...ACTIONS SPEAKS LOUDER THAN WORDS.

    ReplyDelete
  5. NK NAFI PLAK. ABIS YG DIE TGH ACU TU APE ? KONEK KE ? ANON 7:41 DH BG PUNGGUNG KOT.HAHAHA.

    ReplyDelete