Minda Hijrah Headline Animator

Monday, September 10, 2012

Arkitek Stadium Runtuh Bakal Calon PAS

AWAL-awal dekad 90-an dulu, penulis masih ingat dengan kisah keberanian seorang bapa (yang juga seorang arkitek terkenal) sanggup mengharung lautan luas, menumpang bot nelayan untuk mengambil kembali anaknya yang dilarikan bekas isteri di Australia.

Alasan yang digunakan ketika itu macam biasalah – untuk menyelamatkan akidah anak-anaknya dari di Kristiankan oleh bekas isteri. 

 

Kebetulan, alasan seumpama itu sangat 'kukuh' di Malaysia berikutan situasi masyarakat pada waktu itu yang terlalu melebih-lebih dalam menonjolkan diri sebagai penyelamat akidah, walhal, amalan wajib yang dituntut dalam rukun pun banyak yang tinggal.

 

Lagipun siapa nak beri perhatian kalau tak cukup waktu sembahyang pun, ada isu-isu macam ini baru lebih ramai orang nampak 'sumbangan'nya di mana-mana.

 

Dek kerana keberanian itu jugalah, si bapa menjadi hero sekejap, tapi malang, situasi itu tidak bertahan lama kerana akidah kedua anaknya yang diselamatkan dengan penuh susah payah itu akhirnya tergadai juga setelah masing-masing mempunyai hak memilih agama anutan sendiri setelah mencecah usia 18 tahun.

 

Intro yang panjang lebar ini ialah untuk memberi gambaran akan identiti sebenar individu ini kepada pembaca sekelian kerana penulis mahu mengelak dari menyebut namanya atas pertimbangan undang-undang.

 

Yang penting, selepas kejadian itu, nama individu ini tenggelam dan menjadi kurang penting.

 

Ia menjadi penting sekarang kerana khabarnya individu ini mahu dinamakan sebagai calon Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang di Terengganu.  Dalam masa yang sama, syarikat individu ini jugalah yang bertanggung jawab mereka cipta bentuk Stadium Mizan Zainal Abidin di Kuala Terengganu yang bumbungnya runtuh beberapa bulan sudah – kurang 2 tahun selepas dibina.

Atau dalam erti kata lain yang lebih mudah, individu ini ada skandal yang melingkari kehebatan professionalnya.

 

Jadi penulis tidak faham kenapa PAS mahu mencalonkan orang ini dalam pilihanraya akan datang.  Berita yang penulis terima, PAS mahu menggunakan maklumat pembinaan bumbung stadium yang runtuh itu sebagai isu panas kenapa BN perlu ditolak dan PAS perlu dipiilih semula di Terengganu.

(Walaupun ada khabar mengatakan PAS mahu menggunakan kelebihan kewangan individu ini untuk memantapkan lagi perjalanan parti tersebut).

 

Kalau pun benar itu tujuannya, penulis tidak nampak bagaimana ia mampu menyumbang kepada Pakatan Rakyat.  Kita perlu ingat, sebagai pemilik syarikat yang mereka bentuk bumbung stadium tersebut, beliau masih lagi bertanggungjawab dengan apa yang berlaku.

 

Tidak ada jalan mudah untuknya melepaskan diri, walaupun dengan menyertai PAS dan Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat bukan tempat lambakan 'pesalah' undang-undang (kalau boleh dikatakan begitu).  Kalaupun benar beliau tidak terlibat, beliau perlulah membersihkan imejnya terlebih dahulu sebelum dibenar mewakili Pakatan Rakyat di DUN mahupun Parlimen.

 

Penulis tidak rasa perjuangan politiknya ikhlas kerana beliau hanya aktif dalam politik selepas peristiwa runtuhan tersebut.  Sedangkan selama ini, syarikatnya menerima begitu banyak kontrak dari BN dan UMNO untuk tujuan mereka bentuk bangunan yang terkenal di negara ini.

 

Kita perlu ingat, di dalam tangan, Pakatan Rakyat sudah punya cukup banyak masalah yang perlu ditangani, jangan yang ini pun menambah masalah sedia ada juga

 

sumber: http://suarapakatanrakyat.com/2012/09/arkitek-stadium-runtuh-bakal-calon-pas/

 

No comments:

Post a Comment