Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, September 5, 2012

Terima Kunjungan Fathul Bari & ILMU, Ustaz Nasha Tidak Seangkuh Nik Aziz

Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda UMNO (ILMU) diketuai oleh Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya telah menziarahi bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa pada 1 September lalu.
 
"Kunjungan ILMU disambut baik oleh Ustaz Nasarudin Mat Isa. Antara kata-kata yang menarik perhatian kami adalah Umat Islam di Malaysia mesti BERSATU,"kata Abu Aqif Al Aman yang mengirim email dan foto.
 
Fathul Bari Mat Jahaya seperti dilaporkan Sinar Harian berkata, perjumpaan itu bertujuan menziarahi Ahli Parlimen Bachok itu atas nama Islam dan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim.
 
Beliau berkata, beberapa topik dibincangkan termasuk kedudukan Nasharuddin dalam Pas yang akan diketahui pada 9 September nanti.
 
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bachok itu enggan mengulas lanjut dan menyerahkan kepada parti untuk menentukan kedudukannya.
"Perjumpaan itu juga membincangkan kerjasama yang boleh dilakukan antara Ilmu dan Nasharuddin pada masa akan datang.
 
"Ilmu akan mengadakan pelbagai program antaranya ialah Jelajah Ilmu yang akan memberikan penjelasan hukum hudud kepada Islam dan bukan Islam," katanya.

No comments:

Post a Comment