Minda Hijrah Headline Animator

Wednesday, September 12, 2012

SUARAM Jemput ‘Penjajah’ Baru Campur Tangan Politik Malaysia

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pendedahan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) menerima dana asing daripada penyangak matawang Yahudi, George Soros membuktikan wujud tangan-tangan ghaib 'penjajah' bentuk baru untuk campur tangan dalam politik Malaysia.

 

Anuar Shaari menegaskan SUARAM telah bersekongkol dengan pihak asing dengan menjemput 'penjajah' bentuk baru itu.

 

"Ini membuktikan wujud tangan-tangan ghaib yang cuba menjemput 'penjajah bentuk baru dengan memberi sokongan moral kepada SUARAM agar hasrat bersama mereka itu dapat direalisasikan,"katanya ketika dihubungi hari ini.

 

Menurutnya tindakan SUARAM menerima dana asing itu disifatkannya sebagai pengkhianatan terhadap negara.

 

"Saya sifatnya sebagai satu pengkhianatan terhadap negara apabila pemimpin SUARAM, warganegara Malaysia menerima tajaan daripada Soros sedangkan penyangak matawang Yahudi itu banyak membuat spekulasi matawang untuk meruntuhkan ekonomi di Malaysia dan di negara-negara dunia ketiga.

 

"Ia jelas menampakkan cubaan campur tangan asing dalam mencorakkan hala tuju negara dengan membantu NGO pro-pembangkang untuk memburuk-buruk Malaysia di mata dunia.

 

"Negara Malaysia adalah negara merdeka dan berdaulat, maka sebarang campur tangan asing perlu ditentang habis-habisan,"katanya lagi.

 

Pada 5 September lalu Anuar bersama seorang lagi bekas Setiausaha Sulit Anwar, Muhamad Rahimi Osman telah mendedahkan dokumen-dokumen permohonan dana daripada Ketua Umum PKR itu kepada dua tokoh Yahudi pengurus dana di Amerika Syarikat (AS).

 

Pengurus dana Yahudi itu adalah George Soros, Pemilik OSI (Open Society Institute) dan Carl Gershman, Presiden NED (National Endowment for Democracy).

 

Sumber : www.anwaraidc.com

 

No comments:

Post a Comment