Minda Hijrah Headline Animator

Saturday, September 8, 2012

Permohonan Maaf Budak Tunjuk Punggung: Adakah benar-benar ikhlas?



Meneiliti laporan berita Sinar Harian yang saya lampirkan dibawah, timbul beberapa persoalan di pemikiran sehinggakan meragui keikhlasan mamat yang berani menunjukkan punggung ini ketika membuat permohonan maaf dan mengakui kesalahannya.
Cuba teliti dan tafsirkan kenyataan dibawah. Adakah Ammar dalam keadaan mabuk sehingga tidak sedar diri ketika melakukan aksi biadap pada malam 30 Ogos dalam demonstrasi Janji Demokrasi? Jika tidak, sudah tentu Ammar dalam keadaan waras ketika itu. 
Adakah Ammar suka-suka melakukan aksi tidak senonoh tanpa dipengaruhi mana-mana pihak dan menganggap kehadirannya di dataran Merdeka adalah secara kebetulan?
"Apa yang saya lakukan adalah semata-mata kerana kesilapan diri sendiri. Saya seperti orang tidak sedar semasa melakukannya, bukan dipengaruhi atau dibayar sesiapa," jelasnya.

Unsur-unsur pembohongan & tidak ikhlas dapat dikesan dari kenyataan diatas. Ramai dikalangan kita pernah melalui zaman remaja dan sudah tentu memahami perasaan dan hati remaja ketika berusia 19 tahun. Dia bukannya bayi yang tidak mampu memberzakan baik atau buruk dan sudah tentu apa yang dilakukan dalam keadaan sedar.
Mungkin ramai yang percaya dengan kenyataan beliau. Tetapi tidak pada saya. Bagaimana dengan anda ?


Ammar: Saya minta maaf, saya tak dibayar sesiapa
Pelajar kolej swasta Muhammad Ammar A Rahman, 19, yang melondehkan seluar menghina Perdana Menteri semasa malam Ambang Merdeka baru-baru ini, secara peribadi memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan seluruh rakyat Malaysia.
Katanya, dia menyesal apa yang dilakukan dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan sedemikian.
"Saya tidak dibayar oleh mana-mana pihak," kata beliau pada satu sidang media di sini, petang ini.
Dia juga berkata, segala apa yang dilakukannya pada malam 30 Ogos adalah atas kerelaan sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.
"Saya sedar apa yang saya lakukan ini satu kesilapan. Saya juga berjanji pada diri sendiri, saya tidak akan mengulanginya di masa hadapan,” katanya dengan wajah tenang di hadapan pihak media di rumahnya, di sini.
Menurutnya, dia juga memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya Najib atas perbuatan biadabnya dan jika diberi peluang, dia bersedia bertemu pemimpin negara itu untuk memohon maaf secara peribadi.
“Sekiranya dikenakan tindakan undang-undang, saya juga terima dengan reda," katanya.
Mengimbas kembali kejadian malam 30 Ogos lalu, Muhammad Ammar berkata, dia langsung tidak merancang ke Dataran Merdeka kerana pada asalnya bercadang untuk pulang ke kampung.
"Saya bertukar fikiran apabila menerima pelawaan rakan," katanya.
Bagaimanapun dia menafikan tindakan yang dilakukan dipengaruhi atau dibayar oleh mana-mana pihak.
"Apa yang saya lakukan adalah semata-mata kerana kesilapan diri sendiri. Saya seperti orang tidak sedar semasa melakukannya, bukan dipengaruhi atau dibayar sesiapa," jelasnya.
Muhammad Ammar dalam pertemuan dengan media semalam turut memohon agar gambarnya tidak lagi disebarkan di Internet, selain merayu agar anggota keluarga, terutama ayahnya tidak diganggu dengan sistem pesanan ringkas (SMS) berbaur cemuhan.
“Saya yang bersalah, bukan ayah atau keluarga saya. Tolonglah, jangan salahkan kedua ibu bapa saya," rayu Muhammad Ammar.
Menurut bekas penuntut tahun dua program Diploma Multimedia Kreatif Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics ini, ada bloggers yang menyebarkan kisah tidak benar mengenai dirinya.
"Daripada 10 bloggers yang menyiarkan kisah saya, hanya dua yang benar dan boleh dipercayai.
“Ada di antara mereka menuduh saya mempunyai kaitan dengan kongsi gelap, sedangkan itu tidak benar," katanya.

5 comments:

  1. aku orang batu pahatSeptember 8, 2012 at 5:09 PM

    budak ini orang kg aku rupanya..
    nasib baik bukan sedaramara aku...kalo x..malu aku.
    tukar nama jadi bro bontot lagi sesuai..
    orang akan ingat selama lamanya pasal bontot kalo jumpa budak ni..
    hahahaha...bodoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang dia suka tunjuk bontot kat kampung ke? kalau nuar nampak, nahas mamat tu kan? gajah yang macam tu besar pun kalau jumpa nuar terpaksa tutupkan bontot dengan ekor dia, tapi budak kampung kamu tu lain pulak yer?

      Delete
  2. semoga permohonan maafnya tu ikhlas, jangan buat lagi ya dik.. banyak lagi perkara berfaedah kamu lakukan.. semoga kamu akan berubah dan mendapat pengajaran dari kejadian ini

    ReplyDelete
  3. Dah buat perangai macam ni, ada hati nak cari publisiti murah nak jumpa DS Najib. Kau ingat DS Najib banyak masa macam ko tu ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukanya senang nak jumpa najib tuh. jadi, sekarang ni, kalau ada sapa sapa nak jumpa najib, buatlah perangai tak elok. lepas tuh mohon maaf. nama akan dijulang dan mungkin juga ganjaranya pun banyak. dalam malaysia ni, kalau pandai, senang cari makan beb. orang melayu ni kan ker pemaaf dan cepat lupa.

      Delete