Minda Hijrah Headline Animator

Saturday, September 8, 2012

Perihal Abby Abadi, Ulama’ Pas dan Fathul Bari

Sekonyong-konyong ayahanda Subky Latif menulis tentang Abby Abadi dan Fathul Bari. Kononnya ajaib dan takjubnya bahawa seorang juhala' seperti Abby boleh memilih PAS dan Fathul Bari seorang ulama' memilih UMNO. Dikaitkan pula Abby laksana Arab Jahiliyyah, kerana "memilih Islam" masa depannya bakal gemilang, manakala Fathul Bari memilih UMNO maka masa depannya kelam.

Namun, ayahanda Subky mungkin sudah terlupa acapkali dengan pilihan pemimpin PAS. Baru-baru ini orang PAS tidak lagi memilih lebai-lebai sebagai pemimpin tetapi memilih lebai-lebai jadian menjadi pimpinan. Malah, orang yang bercakap pasal Islam dan juga hukum Islam dibuang dari parti yang kononnya memperjuangkan Islam ini.

Tentulah pelik. Sebuah parti yang dahulunya berduyun-duyun lebai-lebai yang menganggotainya, hari ini, berduyun-duyun pula artis yang melompat masuk ke dalamnya. Ulamak-ulamak dari pelbagai aliran mula lari daripada PAS, yang Ikhwanul Muslimin seperti ISMA, yang salafi seperti iLMU dan pondoknya seperti Abdullah Saamah. Yang sedia ada seperti Nasharuddin Mat Isa pula menunggu hari untuk dibuang. Yang diangkat adalah Bob Lokman dan Hairi Osman.

Lebih pelik lagi, ayahanda Subky berasa pelik Fathul Bari memilih Najib dan Muhyiddin sebagai pemimpin, tetapi tidak pelik dengan tindakan Hadi Awang dan Nik Aziz memilih Anwar sebagai wali dan pemimpin tertinggi. Walhal, bukankah semua dalam PAS terutamanya ayahanda sudah tahu dengan siapa si Anwar bergelumang, apakah yang dilakukan dalam kerajaan dan UMNO meruntuhkan PAS.

Ajaib lagi, tidak pernah terbit kata taubat dari Anwar tentang dosanya terhadap parti Islam ini, dan tiada pula berubah lagak hidup si Anwar untuk mengharuskan PAS mengangkatnya sebagai maula. Begitu malang sekali keputusan parti ayahanda Subky.

Malang juga, pemimpin PAS bergelumang di pentas-pentas bersama dengan orang-orang seperti Hishamuddin Rais, Ambiga dan manusia-manusia yang beraqidahkan komunis, dan seks bebas. Sudah pasti imej dan gambaran luaran puak-puak ini tentulah bukan sebagai orang yang beragama.

Janggal sekali jika mereka dianggap beragama ataupun mempunyai aqidah yang sahih. Seolah-olah, hajat mereka menginginkan agar di akhirat kelak, mereka bakal dibangkitkan dan berkongsi bilik dan kekal di akhirat bersama golongan itu.

Semua mereka ini sudah pasti tidak menjadikan Islam sebagai cara hidup dan sudah tentu menganggap bahawa Islam tidak sesuai bagi dijadikan dasar politik dengan dalih Malaysia tidak didiami oleh orang Islam saja.

Kita tidak hairan jikalau Abby Abadi yang terhad pengetahuan dan fahamannya tentang Islam boleh terpedaya menyokong PAS tetapi sahabat-sahabat ayahanda Subky yang terdidik dalam suasana Islami memilih golongan komunis, sosialis, pluralis agama dan seks songsang sebagai teman seperjuangan.

Ajaib, itulah kehendak Allah. PAS dan sahabat-sahabat ayahanda Subky yang pandai menyelak serta menelaah kitab dan kononnya menyertai perjuangan politik Islam tetapi, bersetongkol dengan gerakan Lesbian, Gay dan Transexual.

Itulah kebesaran Allah. Saya tidak hendak menyamakan kejadian sahabat-sahabat ayahanda Subky ini dengan munculnya Dajjal di akhir zaman. Yang rajin membaca kitab adalah orang Yahudi, dan sepatutnya menjauhi Dajjal itu lojiknya adalah Yahudi dan sebagai keturunan Nabi-nabi merekalah yang patut ke depan menyelamatkan dunia dari fitnah dajjal.

Tetapi, apabila Dajjal muncul, Yahudilah yang menyambutnya semata-mata dengki khianat mereka terhadap bangsa lain yang kononnya tidak tahu membaca kitab.

Itulah kebesaran Allah terhadap mereka yang dengki khianat dan juga sanggup menjual ayat Allah untuk mata dunia yang sedikit.

Sumber: Blog Maharaja Zhou

4 comments:

  1. abby hanya dijadikan symbol sex oleh pas. ceramah pas yg selama ini layu sekarang menjadi ramai kerana penarikan abby(janda meletup). abby pun yg entah sampai mana ilmu agamanya pun bukan main berani mengalahkan ulama-ulama. meraka yg datang hanya ingin pasang badan utk memmikat c janda meletup.

    ReplyDelete
  2. Saya telah mencadang Ustazah Abby Abadi, seorang winnable candidate PAs, bertanding di DUN Kelantan. Kerana, pertamanya kononnya ia menjamin kemenangan seperti Saifudin, Salehuddin, Mat Sabu?. Keduanya, peminat Abby ramai. Saya minta Ayahanda Subky Latiff calling calling Tok Guru Aziz meluluskan cadangan ini. Ulasan selanjut di http://nasirwise.blogspot.com/2012/09/ustazah-abby-abadi-seorang-winnable.html

    ReplyDelete
  3. Subky Latif... masih belum bertaubat lagi ke...?

    Orang yg berfalasafah tegar pak pandir..dan lebai malang bercorak sosialis lapok..

    Aian aina yg basi lagi berbakteria..

    ReplyDelete
  4. saya kira jika dapat dilihat politik itu dari kaca mata Islam yang sebenar adalah sangat baik daripada melihat Islam dari kaca mata politik. agama adalah peraturan hidup manusia. orang orang budha dengan cara dan peraturan hidup mereka, begitu jugalah dengan kaum kaum lain. bagi kita orang orang Melayu yang beragama Islam, jika kita laksanakan peraturan hidup secara Islam, persengketaan yang begini dahsyat diantara orang orang Melayu tidak akan terjadi. Islam telah membentangkan segala hukum hakam yang berpandukan AlQuran dan Hadith dan kita sama sama faham bahawa berkawan dengan setan itu adalah salah dari segi perintah Islam. Fitnah, bohong, menipu, memungkiri janji, riak, takbur dsb adalah dijauhi.

    kiranya dapat kita melihat politik dari kaca mata Islam, maka semestinyalah dapat kita lihat betapa jauh tersasarnya aqidah orang orang Melayu dihari ini. ada yang terlalu berani membelakangkan perintah Allah dengan mengeluarkan fatwa yang benar benar ternampak songsang. Kiranya dapat kita melihat politik itu dengan kaca mata Islam, kita juga dapat melihat betapa rama orang orang Melayu yang bergelar ustaz yang punyai ilmu yang tinggi tetapi tidak diamalkan.

    sudah menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim untuk membendung perkara ini, tetapi kiranya PAS masih lagi sombong dan angkuh, selagi itulah tidak akan dapat diselesaikan. muzakarah dengan UMNO yang ditawarkan PAS telah diperlekehkan dengan meletakkan pelbagai syarat yang tidak diterima akal. bertuankan DAP dan berajakan Anuar bukanlah satu penyelesaian. mengkafirkan orang orang Melayu didalam UMNO juga bukan menjadi peraturan hidup kita sesama Islam. terlalu banyak yang dapat dibentang dan dipersembahkan perilaku pemimpin PAS yang terkeluar dari keadaban Melayu.

    mungkin Subky melihat Islam itu dari kaca mata politik dengan mengetengahkan nama nama saperti UFB dan Abby serta membuat perbandingan. UFB melaksanakan tanggungjawab yang dituntut Islam. menerima taaran debat dengan pemimpin pemimpin PAS untuk membetulkan aqidah, ingin bertemu dengan mursyidul 'am PAS untuk berbincang berkenaan hukum HUDUD dll adalah tanggung jawab bagi seorang Muslim yang berilmu saperti yang dilakukan UFB. Abby pula menggunakan kurniaan Illahi dengan menggunakan keterampilan beliau untuk berpolitik menggunakan Islam. dengan ilmu yang sedikit beliau telah begitu berani memberikan teguran kepada Dr MAZA serta memperlekehkan ilmu yang ada kepada Dr MAZA. Abby akan menggunakan keterampilan beliau semaksima mungkin untuk menarik crowd. melihatkan keterampilan Abby, saperti kata seorang blogger, “monyet diatas pokok pun boleh terjatuh kerana khayal”.

    Diharapkan dapat kita sama sama fikirkan diantara kedudukan agama dalam pokitik dan politik didalam Islam.

    ReplyDelete